Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Wednesday, 19 February 2014

Preview Saving Mr.Banks

Kali nie tengok preview Saving Mr.Banks yang best 

"Saving Mr. Banks" ialah sebuah filem biografi drama tentang produksi filem popular Walt Disney Studios, "Mary Poppins", pada tahun 1964. Filem ini dibintangi Tom Hanks sebagai Walt Disney dan Emma Thompson sebagai penulis P.L. Travers. 
Tom Hanks sebagai Walt Disney & Emma Thompson sebagai P.L. 
Fokus filem ini ialah hidup Travers, berulang-alik antara 1907, zaman kanak-kanaknya di Queensland, Australia, 
Perundingan dengan Walt Disney dan proses penghasilan Mary Poppins pada era 1960-an. Semasa Travers berada di California untuk penggambaran, dia terfikir tentang zaman kanak-kanaknya yang sukar di Australia, terutamanya ayah Travers, inspirasi untuk watak ayah dalam cerita tersebut, Mr. Banks. 
Saving Mr.Bank’s memang menarik kerana penuh dengan emosi, Gembira sedih dan serious.
Bagaimana P.L. Travers yang masih kecil pada masa itu tidak tahu erti kesakitan bapanya kerana arak yang akhir sekali meragut nyawa bapanya sendiri.

Banyak pengajaran dari cerita ini antaranya kasih sayang dan kekeluargaan dan bagaimana arak merosakkan segalanya.

Jom tengok Trailer Saving Mr.Banks

p/s : Cerita ini sesuai ditonton bersama keluarga, Dan akan berada di Pawagam pada 20 February 2014

Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

Friday, 7 December 2012

Nuffnang Premiere Screening - Les Misérables[1]

Dapat jemputan Nuffnang untuk Premiere Screening - Les Misérables
Seriously exited sebab ni first time dapat jemputan event Nuffnang untung gak la join Nuffnang.Tu pun secara tak sengaja ternampak

So Screening Detail dariNuffnang:
Ni antara kisah dari filem Les Misérables yang saya tau..tapi exited nak tengok kat panggung


"Les Miserables" merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari siri persembahan muzikal yang popular dan juga novel Victor Hugo dalam Revolusi Perancis pada tahun 1832. [Kira cerita sejarah gak nie EXITED  gila]
"Les Miserables" dibintangi oleh bintang terkenal Hollywood seperti “ Liam Neeson, Uma Thurman, Claire Danes, Geoffrey Rush dan Russell Crowe. “
Filem ini mengisahkan tentang seorang banduan bernama Jean Valjean (Liam Neeson) dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 19 tahun kerana mencuri sepotong roti. Setelah dibebaskan dari penjara, Jean dijaga oleh seorang biskop baik hati. Biskop yang terlalu baik hati malah memaafkan Jean walaupun mengetahui Jean telah mencuri peralatan perak miliknya.
 Ketika Jean tertangkap, Biskop malah mengaku ia memberi peralatan perak tersebut kepada Jean. Terharu atas kebaikan Biskop sehingga Jean pun bertekad merubah jalan hidupnya. Dengan bekal hasil penjualan perak, Jean pun pergi ke daerah pedalaman dan mendapatkan pekerjaan di sebuah Kilang. Setelah bekerja beberapa tahun, Jean Berjaya membeli kilang tersebut. Sejak itu Jean pun menjadi pengusaha terhormat malah menjadi Datuk Bandar di sebuah Bandar kecil.
 Tampa pengetahuan Jean ketika dia  keluar untuk berurusan pihak kilang telah memecat seorang wanita yang bernama Fantine (Uma Thurman) hanya kerana Fantine mempunyai anak luar nikah. Fantine terpaksa melacur bagi menyara anak nya Cosette (Claire Danes),Namun fantine yang malang itu telah dianiaya dan jatuh sakit.Namun Ketika Jean tahu akan nasib malang Fantine,Fantine yang sudah nazak meminta Jean menjaga anaknya dan Jean mengambil Cosette sebagai anak angkatnya.
Kisah Jean kembali dibongkar oleh seorang polis bernama Javert (Geoffrey Rush) yang mengenali Jean, dia masih hendak membongkar identitas sebenarnya Jean walaupun Jean telah berubah. Jean terpaksa membawa anak angkatnya Cosette berpindah ke Paris dimana mereka tinggal di sebuah gereja.
 
10 tahun berikutnya...Cosette yang sudah dewasa dan jelita jatuh cinta kepada seorang revolutionary bernama Marius (Hans Matheson). Marius juga dibawah buruan polis, oleh kerana itu  jejak Jean pun dapat dihidu oleh Javert yang tidak mahu melepaskannya. 

Apa yang akan terjadi pada diri Jean dan juga Cosette setelah Javert berhasil menemukannya? Jangan lewatkan kisah Jean Valjean yang begitu berliku-liku dalam film drama Les Miserables
Filem yang penuh dengan emosi yang disampaikan melalui lagu2 yang menyentuh jiwa..Jom tengok Trailer dia..
p/s: OMG I cannot contain my excitement for this movie!!!!!  The trailer alone is amazing, I can’t imagine what the whole movie will bring!!! Super Duper Exiting Now...


Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

Wednesday, 28 November 2012

Film "Life Of Pi"

Hari ni nak cerita tentang kisah manusia dan haiwan..triler dia dah banyak dah keluar kat Tv semua..Bukan jer LBS2 cerita yang aku tunggu tapi cerita ni pun yang
Diadaptasi daripada novel yang pernah memenangi anugerah

Booker Prize karya Yann Martel,

 "Life Of Pi"
 Ia berlatarbelakangkan Pondicherry, India mengisahkan Piscine Molitor Patel (Suraj Sharma) atau lebih dikenali sebagai Pi. Anak lelaki kepada penjaga zoo ini banyak menghabiskan masa untuk menimba ilmu pengetahuan bukan sahaja daripada teks keagamaan, malah setiap jenis kesasteraan yang boleh memuaskan sifat ingin tahunya tentang dunia. Walaubagaimanapun akibat perubahan politik di India menyebabkan keluarga Patel membuat keputusan untuk berpindah ke Kanada.

Namun satu kejadian tidak disangka berlaku dan satu ketika, Pi mendapati dirinya berada di dalam bot penyelamat bersama zebra, orang utan dan juga harimau Royal Bengal seberat 450 paun bernama Richard Parker.

Pengembaraan selama 277 hari menyaksikan Pi menyeberangi Lautan Pasifik dan juga kekuatannya berhadapan dengan kepercayaan dan juga perjuangan untuk hidup.

"Life Of Pi" diarahkan oleh Ang Lee dan dibarisi oleh Suraj Sharma, Irrfan Khan, Tabu, Adil Hussain, Gerard Depardieu dan Rafe Spall.

p.s : Bayangkanlah kalau kita yang kena..huhuhu Hrimau tuh kalau anak tak pa gak konon cumil.. kalau dah sebesar tu mmg tunggu jadi lauk je lah..

Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

Thursday, 22 November 2012

Lagenda Budak Setan 2 – Katerina di Pawagam 29 November 2012

Lagenda Budak Setan 2 – Katerina

sebuah filem yang akan mencipta sejarah bakal memulakan tayangan di pawagam pada 29 November 2012 ini. Sebuah filem arahan Sharad Sharan terbitan Astro Shaw pastinya dinanti-nanti.
Filem Lagenda Budak Setan 2 sekali lagi diadaptasikan daripada novel terkenal “Katerina” sambungan dari Lagenda Budak Setan hasil penulisan “Ahadiat Akashah” yang pastinya sekali lagi akan menyentuh perasaan para penonton seperti Lagenda Budak Setan yang pertama dahulu.

Sinopsis Lagenda Budak Setan 2 – Katerina

Lagenda Budak Setan 2 – Katerina merupakan sebuah sekuel dari Lagenda Budak Setan 6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih sayang dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah.

Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya. Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta.

Katerina memperkenalkan Kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu.

Tidak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya.

Ketika itu, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukul Kasyah hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis.

Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja.

Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut.

Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran.

Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begitu juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa sayang yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah.

Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Meskipun Kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam.

Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate tidak akan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya. Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada.

Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya.

Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian.

Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati.

Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya.

Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah.

Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean.

Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar. Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi, tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula. Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tidak akan menemui titik noktahnya.

Jom Layan Offical Triler Filem Nie ...


Jom Layan OST dia yg best ni Sama2 ...

Info Film

Lagenda Budak Setan 2
Syarikat Penerbit :
Bahasa :
Bahasa Melayu
kategori :
Filem Cereka
Genre :
Cinta, Drama
Klasifikasi :
U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan :
29 Nov 2012

Pengarah
Penulis:
:
(Cerita Asal)
:
(Lakon layar)
Lakonan:
:
Kashah (Pelakon Utama)
:
Kate (Pelakon Utama)
:
Ayu (Pelakon Utama)
:
Lily (Pelakon Utama)
:
Hisham (Pelakon Pembantu)
:
Mak Leha (Pelakon Pembantu)
:
Iskandar (Pelakon Pembantu)
:
Sofea (Pelakon Pembantu)
:
Sofean (Pelakon Pembantu)
:
Zahirah (Pelakon Pembantu)
:
Athirah (Pelakon Pembantu)
:
Yvonne (Pelakon Pembantu)
:
Firdaus (Pelakon Pembantu)
:
Rafidah (Pelakon Pembantu)


Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

Monday, 15 October 2012

Malam Pratonton dan Tentang Filem Pe3

Fuh…cerita best..pengarah best..pelakon best..penerbit pun best.. Pssssttt Mr.David Teo pun ada belakon tau!!!

CAKAP APA NIE..??? Ni semua tentang cerita terbaru MIG PE3 apa maksud PE3..? seperti yang diterangkan sendiri Farid Kamil [FK] pengarahnya dan juga pelakon PE3,ia bermaksud “Plan/Peta ke 3 untuk rompakan”

Ok korang perasan tak No 3 dalam poster PE3 ni bewarna “kuning hijau dan merah” ada sesetengah pihak buat andaian dan bertanya adakah ia ada kena mengena dengan mana2 kumpulan yg wujud dimalaysia nie..?? Jawab FK  TIDAK ok TIDAK kena mengena dan warna tu lah warna asas yg beliau dan kita semua belajar dari Tadika lagi…HAhaha june sendiri pun tak tefikir sebenarnya .. 
warna kat poster pun jadi persoalan..

So menurut beliau lagi cerita nie adalah berinspirasi dari Kisah Benar..YA.. disebabkan june ni sendiri orang Pulau Pinang  so memang exited yg teramat ok..Ni kes rompakan Micro Chip kargo dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas,Penang..??? cuba Baca sini ingat lagi tak..??? http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t60613.html

Filem ni menggunakan Kos yang “2 JUTA”..wow banyak kan??? [ ye la bot meletup kereta mewah2 ] tapi apa pun mmg berbaloi rasanya coz cerita memang best. Dan pengambaran sekitar Penang buat june nak balik kampong Cantik shoot dia.

Cerita ni juga adalah lakonan pertama Fyza Kadir ok[skrip dia paling best betul..betul..betul] comel jer,Cuma filem ni lambat ditayangkan Biasa la filem Aksi.

Filem ni akan berada di pawagam pada 18 October 2012 dan Semalam lah preview nyer sangat best tau antara FILEM WAJIB TONTON.


P/S: FK buat pengumuman tarikh pernikahan beliau dengan DD pada 03 November 2012.. Sweet nyer tengok mereka sepadan sangat.

FK ceria mengimumkan tarikh penikahan
Serious mendengar ucapan tunangnya
ceria bila diusik Mr.David tentang pengumuman yg engejutkan


Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)