Saturday 28 July 2012

Ditipu Beli Baju Kurung Di Facebook



PADANG BESAR : Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman social  Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.

Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.

Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.

“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam.

Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.

“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya. – Kosmo

p/s : hati2 la nak membeli yer.. Hati sama merah..Rambut Lain2..(kena tukar coz rambut dah boleh diwarna skung) semoga allah membalas segala perbuatan org tu setimpalnya..

Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

Monday 16 July 2012

Salam Ramadhan Al Mubarak





Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa diantara semua bulan islam..Pada tika ini semua umat diwajibkan menunaikan ibadah PUASA.Hakikat nya puasa bukan sekadar menahan rasa lapar dan dahaga bukan sekadar tidak makan dan dan tidak minum TETAPI…kita hendaklah puasa dari segala perkara2 mungkar dan yg boleh membatalkan puasa kita atau mengurangkan pahala puasa kita..Puasa Mata, Mulut, Telinga, Hidung, Tangan, Kaki, dan  HATI..

Apakah puasa mata???
Janganlah memandang sesuatu yang tidak elok selain yang baik2 sahaja*JANGAN PANDANG AMOI SEKSI*
Apakah puasa mulut???
Bukan sekadar tidak memasukan makanan tetapi tidak mengeluarkan perkataan2 yang tidak enak didengar ataupun tidak benar*JANGAN NAK MENGUMPAT*
Apakah Puasa telinga???
Janganlah mendengar apa2 percakapan yang tidak elok dan tidak benar*JANGAN DENGAR ORANG MENGUMPAT*
Apakah puasa hidung???
Tidak menghidu sesuatu bauan wangian dan apa saja yang boleh membatalkan puasa*JANGAN KOREK HIDUNG*
Apakah puasa Tangan???
Jangan sesekali mengunakan anugerah tuhan yang satu ini untuk melakukan kejahatan..*JANGAN MENCURI..MENULIS BLOG YANG MENDATANGKAN AIB PADA ORANG LAIN*kalau tak puasa pun tak elok
Apakah puasa kaki???
Tidak menggunakan nikmat kaki utuk melangkah ke tempat2 hiburan yang bercampuran antara lelaki dan perempuan*JANGAN PERGI CLUB MALAM G KULIAH*
Apakah puasa hati???
Pasang niat demi kebaikan Janganlah berniat jahat dan berhasad dengki dengan sekeliling*JANGAN DENGKI JIRAN PASANG LANGSIR BARU*

Kesimpulannya gunalah semua nya demi kebaikan dan menambah pahala di bulan ramadhan ini..


Jom kita tengok waktu Imsak Dan Berbuka Bagi Kuala Lumpur Dan Wilayah Persekutuan.. di sepanjang bulan Ramadhan Waktu puasa adalah dari terbit fajar shadiq (waktu subuh) sampai terbenam matahari (waktu maghrib).

Jadual Imsak Dan Berbuka Untuk Tahun 2012



Bagi yang lupa niat Puasa Jom belajar Ingat kan Balik:

Lafaz Niat Puasa


Ertinya: “Sahaja Aku Berpuasa Esok Hari Kerana Menunaikan Fardu Ramadan Tahun Ini Kerana Allah Taala”

Doa Untuk Berbuaka Puasa

Doa Berbuaka Puasa



Ertinya: “Ya Allah Kepada Engka Aku Berpuasa Dan Dengan Engkau Aku Beriman.Dan Aku berbuka Daripada Rezeki Yang Engkau Berikan,Dengan Rahmat Engkau Wahai Yang Maha Pengasih Dan Penyayang”


***Cakap punya cakap Puasa Lepas Dah Ganti Belum???
Errrrr..^mak niat puasa ganti cam mana???? ^

Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

Friday 6 July 2012

Movie Day Out Filem 8 Jam!!*5/7/2012*


Trailernya berkumandang di pawagam selama setahun tak lain filem yang dimaksudkan adalah filem arahan Ahmad Idham dan dilakonkan oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin. Filem ini mendapat khidmat stunt director dari Thailand yang terlibat sama dalam projek lakonan Tony Jaa seperti Ong Bak dan Tom Yum Goong. Tak lain tak bukan filem yang dimaksudkan adalah filem  8 JAM, tetapi durasinya yang  cuma 1jam suku jer bukan 8jam [-_-]


Ingat tak post lepas Movie Day Out Filem 8 Jam!! Ok Pada saat tibanya hari itu aku dan rakan aku yang sama semasa Pratonton Nongkrong menuju ke destinasi..Selepas sesi mendaftar dan mengambil tiket kami menunggu sebentar dan memasuki panggung dan cerita dia bermula...

Cerita dia Tentang seorang kanak-kanak [Alang Budiman-Sam] yang hanya hidup bersama ibunya dan membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh Ah Long kerana ibunya telah meminjam RM10,000.00 kerana ingin melarikan diri bagi menyelamatkan Alang yang masih kanak-kanak[Fimie Don] daripada kawasan jahanam tersebut.Setelah mengambil kira nasihat sahabat baik yang sama2 berniaga dipasar kerana kawasan itu amat tidak sesuai bagi membesarkan kanak2 seperti Alang..
Alang yang  sememangnya anak yatim dan tidak mempunyai sedara mara dihantar ke rumah anak-anak yatim. Semasa di sana Alang  sukar untuk bergaul dengan rakan- rakan sebaya yang lain.Hanya Julia yang Berjaya melembutkan Alang,dan hanya Julia rakan yang Alang ada.Mungkin  kerana cara kehidupannya yang dulu dan rasa sedih kehilangan ibu menghantui beliau.Alang amat mudah marah apatah lagi Jika Melibatkan Julia
Kenapa  8jam???? 8jam tersebut adalah masa yang tinggal untuk Alang Budiman (sam) ke tali gantung, nak tau kenapa Alang nak digantung??? Saksikan sendiri (^_^)v 



Pada aku Untuk filem aksi ini jalan ceritanya bolehla untuk layan kepala yang taktau nak buat apa[Aku Jujur Menyatakan Ini setelah menyaksikan sendiri dan mengambil tahu dan bertanya pada yang telah menonton], Untuk Sam dan Yana mungkin ini antara cerita yang menampakan kelebihan mereka selain belakon cerita cintan-cintn jer..jalan cerita menggunakan flashback,bagi keseluruhan cerita dan hanya mampu bagi 3.8 – 4 bintang sahaja*Itu saya..Anda??*

Picture time…*terus hilang ngantuk siyes*




Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

Monday 2 July 2012

Movie Day Out Filem 8 Jam!!




Helloooo..nak dengar satu cerita terkini..??? anguk cepat heheheehe
Kalau tak nak dengar pun nak gak cerita*saya menulis bukan bercakap hehehe menulis pun bukan,Tapi menaip* gurua2 ..ok tolong baca yer..

Al-Kisah…Tersebut lah kisah..*nada sajak* hahahaha

Ok ari tu baca kat MIG Online ada bagi nih MovieDay Out Filem 8 Jam!!
Saya dah hantar 3 E-mail dapat 2 Yeahhh..!!! TQ Soooo Much MIG…
So saya dah hantar confirmation nak pergi nanti hurmmm..harap2 semuanya berjalan lancar  yer..Kawan saya Yang Bawa saya g PratontonNongkrong pun dapat lagi wahhh…murah hati kan Major David Teo.. 
Boleh la jumpa Sam & Yana lagi..(^_^)v

Nie jemputan yang telah saya print…


Setakat ini dulu nanti saya update untuk hari event hari tersebut yer pada 5 July 2012 kat MBO Subang Prade

Salam Satu Malaysia…

Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)