PADANG BESAR : Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju
kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman
social Facebook bagi menyambut
Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.
Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi
di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak
diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.
Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata,
pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook
tersebut selepas dua hari membuat bayaran.
“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook
itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai
dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di
sini semalam.
Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di
laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai
lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden
berlabuci.
“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman
sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila
kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga
kepada RM50 sepasang,” ujarnya. – Kosmo
p/s : hati2
la nak membeli yer.. Hati sama merah..Rambut Lain2..(kena tukar coz rambut dah
boleh diwarna skung) semoga allah membalas segala perbuatan org tu
setimpalnya..
No comments:
Post a Comment
¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
Diceritakan Dari Hati ღ
(ღ No Hate Please,Just Love ღ)