Friday, 6 July 2012

Movie Day Out Filem 8 Jam!!*5/7/2012*


Trailernya berkumandang di pawagam selama setahun tak lain filem yang dimaksudkan adalah filem arahan Ahmad Idham dan dilakonkan oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin. Filem ini mendapat khidmat stunt director dari Thailand yang terlibat sama dalam projek lakonan Tony Jaa seperti Ong Bak dan Tom Yum Goong. Tak lain tak bukan filem yang dimaksudkan adalah filem  8 JAM, tetapi durasinya yang  cuma 1jam suku jer bukan 8jam [-_-]


Ingat tak post lepas Movie Day Out Filem 8 Jam!! Ok Pada saat tibanya hari itu aku dan rakan aku yang sama semasa Pratonton Nongkrong menuju ke destinasi..Selepas sesi mendaftar dan mengambil tiket kami menunggu sebentar dan memasuki panggung dan cerita dia bermula...

Cerita dia Tentang seorang kanak-kanak [Alang Budiman-Sam] yang hanya hidup bersama ibunya dan membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh Ah Long kerana ibunya telah meminjam RM10,000.00 kerana ingin melarikan diri bagi menyelamatkan Alang yang masih kanak-kanak[Fimie Don] daripada kawasan jahanam tersebut.Setelah mengambil kira nasihat sahabat baik yang sama2 berniaga dipasar kerana kawasan itu amat tidak sesuai bagi membesarkan kanak2 seperti Alang..
Alang yang  sememangnya anak yatim dan tidak mempunyai sedara mara dihantar ke rumah anak-anak yatim. Semasa di sana Alang  sukar untuk bergaul dengan rakan- rakan sebaya yang lain.Hanya Julia yang Berjaya melembutkan Alang,dan hanya Julia rakan yang Alang ada.Mungkin  kerana cara kehidupannya yang dulu dan rasa sedih kehilangan ibu menghantui beliau.Alang amat mudah marah apatah lagi Jika Melibatkan Julia
Kenapa  8jam???? 8jam tersebut adalah masa yang tinggal untuk Alang Budiman (sam) ke tali gantung, nak tau kenapa Alang nak digantung??? Saksikan sendiri (^_^)v 



Pada aku Untuk filem aksi ini jalan ceritanya bolehla untuk layan kepala yang taktau nak buat apa[Aku Jujur Menyatakan Ini setelah menyaksikan sendiri dan mengambil tahu dan bertanya pada yang telah menonton], Untuk Sam dan Yana mungkin ini antara cerita yang menampakan kelebihan mereka selain belakon cerita cintan-cintn jer..jalan cerita menggunakan flashback,bagi keseluruhan cerita dan hanya mampu bagi 3.8 – 4 bintang sahaja*Itu saya..Anda??*

Picture time…*terus hilang ngantuk siyes*




Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

No comments:

Post a Comment

¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

Diceritakan Dari Hati ღ
(ღ No Hate Please,Just Love ღ)