Wednesday 19 February 2014

Preview Saving Mr.Banks

Kali nie tengok preview Saving Mr.Banks yang best 

"Saving Mr. Banks" ialah sebuah filem biografi drama tentang produksi filem popular Walt Disney Studios, "Mary Poppins", pada tahun 1964. Filem ini dibintangi Tom Hanks sebagai Walt Disney dan Emma Thompson sebagai penulis P.L. Travers. 
Tom Hanks sebagai Walt Disney & Emma Thompson sebagai P.L. 
Fokus filem ini ialah hidup Travers, berulang-alik antara 1907, zaman kanak-kanaknya di Queensland, Australia, 
Perundingan dengan Walt Disney dan proses penghasilan Mary Poppins pada era 1960-an. Semasa Travers berada di California untuk penggambaran, dia terfikir tentang zaman kanak-kanaknya yang sukar di Australia, terutamanya ayah Travers, inspirasi untuk watak ayah dalam cerita tersebut, Mr. Banks. 
Saving Mr.Bank’s memang menarik kerana penuh dengan emosi, Gembira sedih dan serious.
Bagaimana P.L. Travers yang masih kecil pada masa itu tidak tahu erti kesakitan bapanya kerana arak yang akhir sekali meragut nyawa bapanya sendiri.

Banyak pengajaran dari cerita ini antaranya kasih sayang dan kekeluargaan dan bagaimana arak merosakkan segalanya.

Jom tengok Trailer Saving Mr.Banks

p/s : Cerita ini sesuai ditonton bersama keluarga, Dan akan berada di Pawagam pada 20 February 2014

Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)