Monday 24 September 2012

DERMA KILAT (Istana Si Meoww Hatiku)

Assalamualaikum..
Selalu sangat update pasal g sana sini kan dah lama rasanya tak update tentang kesusahan sahabat dan rakan yg mungkin memerlukan..

Ok..Baru2 ni ada sahabat di FB dari Groop Istana Si Meowww Hatiku [klick] menceritakan tentang seorang lagi sahabat kami yg amat2 memerlukan bantuan.. Dari Maklumat yg diperolehi Saudara Azly Henry [klick for FB profile] memiliki lebih 40 ekor kucing Jalanan yg diselamatkan dan menggunakan wang poket beliau sendiri dan sekarang beliau sedang dalam kesusahan.. Mungkin Ini ujian untuk beliau tetapi kita bolehlah meringankan beban beliau dengan menghulurkan bantuan iklas.. 
Dana yang dihulurkan bukanlah dikira tak kisah dari segi kewangan atau bahan makanan untuk sicomel bawah jagaan beliau sekarang.. Mungkin beliau tak mampu membalas apa ynag kita hulurkan dan apa yang mampu beliau balas hanya dengan ucapan..
TERIMA KASIH
so bagi yg IKLAS sudi-sudilah membantu dan apa yang boleh saya Pasti adalah GANJARAN YANG TAK TERHINGGA DARI YANG MAHA BERKUASA.. Di sini saya sertakan Bank Account belia dan Link FB dan bolehlah terus menghubungi beliau ya..

Jom Tengok Si Comel Jagaan Beliau: 


Mohd Azli Bin Mohd Jaafar :
112148005155 Maybank


Sekalipun anda tak mampu menghulurkan dengan apa2 sekalipun bantulah dengan tekan SHARE ok..”peace (=^_^=)v



Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

Wednesday 19 September 2012

PraTonton Aji Noh Motor

"AJI NOH MOTOR" Filem nya bergenre Komedi Islamik..
kelakar memang sangat kelakar,Tapi pengarahnya memang bijak menyelitkan unsur2  islamic dan kemanusiaan dan kekeluargaan.. Itulah yang terdapat dalam Filem arahan pertama Muhamad Razif Abdul Rashid dan Skrip tulisan Sahariman Wahab "Aji Noh Motor". Dengan penglibatan Para pelakon seperti Alex Yanz, Zalif Sidek, Wawa Zainal serta ramai Lagi


Pada  18 September 2012 bertempat di TGV Sunway Pyramid telah diadakan Preview untuk filem ini..
Zalif Sidek Sangat Comel ok...


Jom nak cerita sikit Tentang Filem nie
Ia mengisahkan mengenai seorang abang, AJI [Alex Yanz] yang sanggup melakukan apa sahaja demi adiknya, NOH [Zalif Sidek]. Aji  seorang lelaki yang suka merempit dan berlumba ,Noh  pula seorang yang taat dan patuh dalam mengejarkan tuntutan agama Islam meskipun dia dilahirkan dalam keadaan tidak dapat melihat. Aji sangat sayangkan Noh dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan permintaan Noh tercapai meskipun dia tidak mampu.
Kebetulah pada hari Noh menghadiri kelas agama,Gurunya bercerita tentang Menunaikan Haji. Maka tersentuhlah hati Noh dan tidak dapat menahan perasaan ingin menunaikan Haji,Nak dijadikan cerita hari itu juga adalah hari lahir beliau.. Maka Bermulalah Cerita bagaimana Aji berusaha menunaikan permintaan Noh untuk Hadiah Hari Lahirnya. Mampukah Aji Menunaikan permintaan Noh...
Nantikan Tayangan Dipawagam Pada 20 September 2012 [4/5 Bintang]

Jom Tengok Triler Aji Noh Motor

Antara Babak Menarik dalam Filem nie

p./s: Suka cerita ni dimana kasih sayang antara adik beradik yang terjalin amat menyentuh.Walaupun mereka berlainan cara hidup,pegangan dan karektor yang amat berbeza menIAkan perpatah air dicincang tak akan putus..



Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

Thursday 13 September 2012

Tayangan Perdana Filem Untuk Tiga hari

Entry ni akan menjadi panjang coz banyak cerita nak di kongsi…hehehehe

Cubaan yg entah keberapa..

Setelah beberapa kali aku mencuba nak jawab soalan tapi gagal kerana ada jer yang lebih cepat dan pantas dariku..huhuhu Dan setelah cubaan ku yang sangat2 memuncak aku sebenarnya berjaya tetapi..sila lihat sendiri keputusannya..AGAK TAK BERPUASHATI tapi aku redha mungkin tak der rezeki aku dan …WHATEVER hahaha..[sedih sebenarnya hehehe kalau nak cakap nama salah mmg bawah aku tu pun salah gak]

Cuba Lagi dan Yang Terakhir..
Dan dengan berkat keazaman dan terlepas sekali lagi 2 peluang special contes hari terakhir lak tu dan aku tak sangka aku yang paling pantas [soalan senang sangat pun nak bangga]AHHH…janji aku ado..ko ado..??? hahahaha  diumumkan…saya berjaya akhirnya..

Dok merepek2 apakah sebenarnya … jeng..jeng..jeng..

Hehehehe nak menang tiket 
“Malam Gala Tayangan Perdana Untuk Tiga Hari”

Kenapa aku beria2 sangat untuk ini sebab aku sangat minat Afdlin Shauki  Sangat-Sangat dan tak pernah miss pun kalau cerita tu ada dia dan tambahan cerita ni dial ah belakon dan dialah pengarahnya… MANA BOLEH NAK LEPASKAN [hampir2 nak terlepas]Dengan berpeluang jumpa ramai artis2 lain yg turut memeriahkan [jap g tgk gambar yer] 

Dan..DAN yang paling best ke-2 hari ni dapat jumpa AHADIAT AKASHAH arghhhh… mcm nak melompat2  jer [sedar diri sikit kang runtuh tempat tu apa pun tarak] orangnya yang sangat ramah..dan sentiasa senyum..sempat berborak pasal  novel baru dan novel lama beliau.. KATANYA: “Nanti pergi cari kalau tak ada direct jer PM saya” comel sangat. Akan g cari sangat2 tak sabar sudah.

For me majlis ni yang sangat luar biasa dari yg biasa I pergi OK..Ketibaan pelakon utama diiring kompang dan bunga manggar sebijik mcm adat majlis2 kahwin sebenar..Paling best cendrahati untuk yg menjawab soalan Bunga Telur "gula-gula"& Frame Khas untuk Tiga Hari, siap ada tepung tawar Lagi Macam bersanding betul-betul..Makanan yang disediakan dengan cocktail Syle dan Buffet style Terbaek.. 

(klik sini tuk tgk yg lain =>)UPDATE TUMBLR&GAMBAR SEKITAR MAJLIS
 OK..Apakah” Untuk 3 Hari” ia adalah adaptasi dari Novel Ahadiat Akashah yang berjudul sama mempunyai dua buku asalnya dan difilemkan maka dicetak semula dengan cover filem pula..


Cerita nya bagaimana?
Kalau Tanya saya mmg saya cakap best and anda akan cakap..
YE KER..? 
CONFIRM..? 
TAH2 MCM CERITA2 LAIN.. 
Tengok dan comment jangan dengar dan Comment ok..



Dari Novelnya..Sehingga dibawa ke Layar mmg saya cuma akan cakap TERBAEK…Tambahan arahan Afdlin Shauki dan tulisan Ahadiat Akashah

Opss...Mesti cakap..Cerita Tentang Apa Tak Cakap Pun..HUaHuaHua^gelak jahat^ PERGI TENGOK..!!! rugi kalau cerita2 ni tak best lah”SORRY” 
Tapi kan ni synopsis novel dia.. [Hint cerita gak,Tapi Sama ker? kena la pegi menonton dan jangan lupa comment kalau saya tak betul ya]

Sinopsis Untuk Tiga Hari dan Selepas Tiga Hari [ Ahadiat Akashah ]
Memang sengaja mereka memilih hari,
 tarikh dan waktu yang sama lalu,di hari 
persandingan itu mereka dirantai kemelut yang menyeksakan..

 Betulkah apa yang mereka lakukan ini? menurut 
kehendak famili masing-masing hanya kerana tak mahu mengecewakan hati
dan perasaan mereka. namun mereka hanya berjanj kahwin hanya
tiga hari.Mereka berjanji untuk bercerai tiga hari selepas hari persandingan..
Namun..Tiga malam bersama pasangan masing-masing... telah membawa
mereka ke sebuah alam yang lain,Dan apabila tiba hari yang ke tiga itu,
Bagaimana untuk mereka menyuarakan hasrat untuk bercerai??

“Watak hero lelaki dalam novel ni benar-benar menunaikan janji kepada sang kekasih untuk bercerai. Selepas 3 hari usia pernikahannya, Zafrin benar-benar telah menceraikan isteri pilihan keluarganya. Namun sebaliknya pula berlaku kepada pasangan kekasihnya yang bernama Rozita. Sepanjang 3 hari pernikahannya dia telah menjalankan kewajiban sebagai isteri kepada suami pilihan keluarganya. Akhirnya Rozita telah mengingkari janji kepada kekasihnya,Zafril Selepas Zafril bercerai dengan isteri pilihan  keluarganya iaitu Juwita, mereka berdua tinggal berasingan. Juwita telah keluar dari rumah Zafril dan menyewa rumah sendiri. Tetapi, melafazkan cerai memang mudah. Untuk merahsiakannya dari keluarga ke dua belah pihak amat sukar. Mereka terpaksa berpura-pura sebagai pasangan suami isteri semata-mata untuk mengaburi mata keluarga masing-masing. Namun sampai bila pasangan suami isteri yang sudah bercerai ini akan terus berpura-pura begini?”


Penerbit: Sharad Sharan (Ombak Rindu)
Pengarah: Afdlin Shauki
Pelakon Utama: Adflin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah
Pelakon Pembantu: Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Nabil Ahmad, Zizan Raja Lawak, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan dan Atilia.
Produksi: Tarantella Pictures Sdn Bhd.



Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

Tuesday 4 September 2012

PraTonton "Salam Cinta"

“Dengan Kalimah Bismillah, Kuhulurkan Salam Cinta” itulah tagline nyer sweet and romantic gitu..

Peluang untuk PraTonton dari MIG sangat2 ditunggu ‘walaupun kadang2  tak der rezeki’ even yg ni hampir2 terlepas Thanks Again.

Bertarikh 03 September 2012 
Sekitar Jam 9.00pm
Bertempat di TGV Sunway Pyramid

Dengan Kehadiran
Diana Amir, Kamal Adli, Fyza Kadir, Mon Ryanti Sahudina Lee, 
Azhari Zain [Pengarahnya] David Teo [Penerbitnya] (^_^) Dan ramai lagi lah..
Dan Kami Juga
Me,Mum,Diana Amir Mum,Mr.David Teo,Siti Mum,Siti Umirah & Siti Lil Sis
Dimulakan dengan Bacaan Doa
Semoga Dipermudahkan
Serta ucapan Pengarah Dan juga Penerbit
Azhari Zain &David Teo
Dan Tayangan Dimulakan [Sedutan dari filem Salam Cinta Kredit MIG]

Sedikit Tentang Salam Cinta..
Sebuah filem bergenre romantik islamik ..Filem ini mengetengahkan ciri-ciri islamik seperti mana pernah ditayangkan di dalam filem 7 Petala Cinta.Ia mengisahkan tentang Amirul, pelakon yang menerima tawaran lumayan bagi watak “ustaz”. Oleh kerana dibesarkan dalam suasana moden Dan Social dia ke sebuah kampung untuk bertemu seorang imam untuk mengetahui Secara dekat kehidupan seorang Ustaz.Di kampung itu Amirul bertemu Laila dan jatuh cinta dengannya selepas melihat kelembutan, sikap rendah diri dan berbudi pekerti kepada keluarganya. Walaupun 'playboy', Amirul mula berubah sikap untuk memenangi hati Laila. Kisah cinta dan pengorbanan Amirul kepada Laila. Cinta unik yang berlandaskan syariat Islam bersulam komedi yang membuatkan anda tidak kering gusi...

P/S: Jangan Ketingalan Untuk Menyaksikannya [*4 1/2 Bintang dari saya ..KENAPA?? ada la 2-3 part berlaku yg tidak sepatutnya] nothing Perfect rite..Tapi cerita ni wajib ditonton bagi pasangan2.Walau ceritanya Ringan..diselit Lawak Jenaka Tapi Massage nya Sangat Bermakna ...
SO ENJOY..
NAK TGK GAMBAR LAGI KLIK Me.Shahraznita & Mr.David Teoh & MigOnline


Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)