Wednesday 19 September 2012

PraTonton Aji Noh Motor

"AJI NOH MOTOR" Filem nya bergenre Komedi Islamik..
kelakar memang sangat kelakar,Tapi pengarahnya memang bijak menyelitkan unsur2  islamic dan kemanusiaan dan kekeluargaan.. Itulah yang terdapat dalam Filem arahan pertama Muhamad Razif Abdul Rashid dan Skrip tulisan Sahariman Wahab "Aji Noh Motor". Dengan penglibatan Para pelakon seperti Alex Yanz, Zalif Sidek, Wawa Zainal serta ramai Lagi


Pada  18 September 2012 bertempat di TGV Sunway Pyramid telah diadakan Preview untuk filem ini..
Zalif Sidek Sangat Comel ok...


Jom nak cerita sikit Tentang Filem nie
Ia mengisahkan mengenai seorang abang, AJI [Alex Yanz] yang sanggup melakukan apa sahaja demi adiknya, NOH [Zalif Sidek]. Aji  seorang lelaki yang suka merempit dan berlumba ,Noh  pula seorang yang taat dan patuh dalam mengejarkan tuntutan agama Islam meskipun dia dilahirkan dalam keadaan tidak dapat melihat. Aji sangat sayangkan Noh dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan permintaan Noh tercapai meskipun dia tidak mampu.
Kebetulah pada hari Noh menghadiri kelas agama,Gurunya bercerita tentang Menunaikan Haji. Maka tersentuhlah hati Noh dan tidak dapat menahan perasaan ingin menunaikan Haji,Nak dijadikan cerita hari itu juga adalah hari lahir beliau.. Maka Bermulalah Cerita bagaimana Aji berusaha menunaikan permintaan Noh untuk Hadiah Hari Lahirnya. Mampukah Aji Menunaikan permintaan Noh...
Nantikan Tayangan Dipawagam Pada 20 September 2012 [4/5 Bintang]

Jom Tengok Triler Aji Noh Motor

Antara Babak Menarik dalam Filem nie

p./s: Suka cerita ni dimana kasih sayang antara adik beradik yang terjalin amat menyentuh.Walaupun mereka berlainan cara hidup,pegangan dan karektor yang amat berbeza menIAkan perpatah air dicincang tak akan putus..



Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

No comments:

Post a Comment

¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

Diceritakan Dari Hati ღ
(ღ No Hate Please,Just Love ღ)