Friday 7 December 2012

Nuffnang Premiere Screening - Les Misérables[1]

Dapat jemputan Nuffnang untuk Premiere Screening - Les Misérables
Seriously exited sebab ni first time dapat jemputan event Nuffnang untung gak la join Nuffnang.Tu pun secara tak sengaja ternampak

So Screening Detail dariNuffnang:
Ni antara kisah dari filem Les Misérables yang saya tau..tapi exited nak tengok kat panggung


"Les Miserables" merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari siri persembahan muzikal yang popular dan juga novel Victor Hugo dalam Revolusi Perancis pada tahun 1832. [Kira cerita sejarah gak nie EXITED  gila]
"Les Miserables" dibintangi oleh bintang terkenal Hollywood seperti “ Liam Neeson, Uma Thurman, Claire Danes, Geoffrey Rush dan Russell Crowe. “
Filem ini mengisahkan tentang seorang banduan bernama Jean Valjean (Liam Neeson) dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 19 tahun kerana mencuri sepotong roti. Setelah dibebaskan dari penjara, Jean dijaga oleh seorang biskop baik hati. Biskop yang terlalu baik hati malah memaafkan Jean walaupun mengetahui Jean telah mencuri peralatan perak miliknya.
 Ketika Jean tertangkap, Biskop malah mengaku ia memberi peralatan perak tersebut kepada Jean. Terharu atas kebaikan Biskop sehingga Jean pun bertekad merubah jalan hidupnya. Dengan bekal hasil penjualan perak, Jean pun pergi ke daerah pedalaman dan mendapatkan pekerjaan di sebuah Kilang. Setelah bekerja beberapa tahun, Jean Berjaya membeli kilang tersebut. Sejak itu Jean pun menjadi pengusaha terhormat malah menjadi Datuk Bandar di sebuah Bandar kecil.
 Tampa pengetahuan Jean ketika dia  keluar untuk berurusan pihak kilang telah memecat seorang wanita yang bernama Fantine (Uma Thurman) hanya kerana Fantine mempunyai anak luar nikah. Fantine terpaksa melacur bagi menyara anak nya Cosette (Claire Danes),Namun fantine yang malang itu telah dianiaya dan jatuh sakit.Namun Ketika Jean tahu akan nasib malang Fantine,Fantine yang sudah nazak meminta Jean menjaga anaknya dan Jean mengambil Cosette sebagai anak angkatnya.
Kisah Jean kembali dibongkar oleh seorang polis bernama Javert (Geoffrey Rush) yang mengenali Jean, dia masih hendak membongkar identitas sebenarnya Jean walaupun Jean telah berubah. Jean terpaksa membawa anak angkatnya Cosette berpindah ke Paris dimana mereka tinggal di sebuah gereja.
 
10 tahun berikutnya...Cosette yang sudah dewasa dan jelita jatuh cinta kepada seorang revolutionary bernama Marius (Hans Matheson). Marius juga dibawah buruan polis, oleh kerana itu  jejak Jean pun dapat dihidu oleh Javert yang tidak mahu melepaskannya. 

Apa yang akan terjadi pada diri Jean dan juga Cosette setelah Javert berhasil menemukannya? Jangan lewatkan kisah Jean Valjean yang begitu berliku-liku dalam film drama Les Miserables
Filem yang penuh dengan emosi yang disampaikan melalui lagu2 yang menyentuh jiwa..Jom tengok Trailer dia..
p/s: OMG I cannot contain my excitement for this movie!!!!!  The trailer alone is amazing, I can’t imagine what the whole movie will bring!!! Super Duper Exiting Now...


Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

No comments:

Post a Comment

¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

Diceritakan Dari Hati ღ
(ღ No Hate Please,Just Love ღ)