Thursday 29 November 2012

What your biggest fear is and how it affects your life?

“Apa yang anda paling takut dan memberi impak pada kehidupan anda..?”

Saya…? BANYAkkkk…TETAPI kalau cakap pasal hidupan lain tu memang  LIPAS lah jawapan nya...

Ketakutan saya ni membawa kepada mencari dan menyelidik kelemahan serangga ni  tapi apa yang saya jumpa dan makin buat saya takut ialah KELEBIHAN LIPAS nie..

Ni Antara Fakta tentang lipas [Credit : MR.GOOGLE ]
1- Nama lipas atau dalam bahasa Inggeris cockroach berasal dari perkataan Sepanyol "cucaracha"yang membawa maksud serangga gila.
2-Seekor lipas boleh menahan nafasnya selama 40minit...(patut la susah nak mati)
3-Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepalanya dah putus.
4-Kalau berlaku peperangan nuklear lipas adalah satu2 makhluk yang boleh hidup.
5-Lipas mempunyai darah berwarna putih...(wah keturunan raja yer)
6-Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi tidak semuanya.
7-Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia Rhinocerus berasal dari Australia
yang beratnya adalah 50gram ...
8-Lipas goreng adalah makanan biasa di Cambodia.
9-Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak2 dia semuanya betina.
10-Lipas hanya boleh mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya.
11-Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab die ada rambut2 halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa2 yg menghampirinya.
12-Semasa perang di Vietnam tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti
askar2 komunis yang menyamar sebagai petani.
13-Lipas ada gigi di dalam perutnya.
14-Lipas yang dilumatkan boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan ditempat itu.
15-Lipas boleh menukararah sebanyak 25 kali dalam masa 1 saat.
16-Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula.
17-Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung.
18-Lipas hanya ada 6 kaki tetapi memiliki 16 lutut.
19-Lipas boleh berlari 3batu sejam.
20-Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa2.
Tapi ketakutan saya yang terbesar sekarang ialah PERKAHWINAN [oh yes..Tak kena mengena kan,,? heheh]  Tapi ni je la yang saya nak share sekarang..

Takut Kahwin / Gamophobia tu lah nak cerita sikit kat sini…Tapi kan saya tak pernah rasa saya ni takut nak kahwin Cuma mungkin tak ada jodoh itu tanggapan saya lah.

Tapi sejak akhir2 ni bila saya berjumpa dengan berberapa org dan mula keluar saya macam takut nak bagi commitment. Saya lebih selesa berkawan sebab setiap kali bercakap soal kahwin pasti saya terfikir PENCERAIAN yang makin banyak sekarang..
Kisah dari persekitaran tu lah yang membimbangkan dan effect kehidupan saya untuk mencari pasangan dan member komitmen dalam perhubungan.[Tu consider takut kan hehehe] tapi itulah yang nak saya ceritakan.

Disebabkan syndrome Gamophobia ni saya ada baca beberapa buku novel dan motivation la konon bila rasa relationship tu tak berjaya.. Tapi bila ada kawan ni cakap saya ni mmg dah kena Gamophobia ni baru saya perasan takut dengan pengakhiran perkahwinan dan saya nak cari yang terbaik. Dan kenapa saya sedar itu..??
  • Saya akan call pasangan saya tak berhenti2 selagi dia tak jawab sebab saya ingat dia keluar dengan org lain
  • Saya bukan Tanya tapi lebih kepada tuduhan [awak keluar dengan orang lain kan / awak ada orang lain kan] Nampak mcm Tanya tapi sebenarnya tu mcm dah tuduh la
Dan banyak lagi lah hanya kerana saya TAKUT KAHWIN dengan orang yang salah. So ni nak buat mcm mana nih..dengan kesedaran ni hope akan ok lah lepas ni..[tu lah antara sebab kenapa hubungan tak berjaya] Take note ladies..
Mesti orang tertanya2 kenapa nak kongsi.. Coz saya nak kongsi lah mana tau ada yang kat luar sana ada persamaan so boleh la share kan2.. ?

Lagi satu bersempena dengan rancangan  Astro’s FearFactor Malaysia hehehe [tapi tu untuk mengatasi ketakutan lain] mungkin tak related kata orang tapi still nak cerita hehehe.. <3 <3

Meh nak cerita tentang rancangan nie..
Fear Factor Selebriti Malaysia yang akan dihoskan oleh Aaron Aziz akan mula bersiaran di Astro Ria(104) pada bulan Disember 2012...
Rancangan ini  Selain menampilkan Aaron Aziz sebagai pengacara juga melibatkan ramai selebriti antaranya termasuklah
Jehan Miskin, Elfira Loy, Dafi, Arja Lee, Roslan Shah, Kaka Ashraff, Ezlynn, Johan Ashaari, Celina Khor, Ammar, Atu Raja Lawak, Alam Wakaka Crew, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt, Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, Gambit Saifullah, Azri, Zawen, Hafizul, Fairul, Didie Alias, Isham, Iz OIAM dan Yassin.


Dalam banyak2 kat atas sangat harap Jehan Miskin & Elfira Loy Menang also sebab minat kot kat dua-dua nih,Tapi kalau pasukan still Jehan & Dr.Faiz

So Guys... 
“Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!” 
Jangan lupa Tungguuuu...


Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

No comments:

Post a Comment

¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

Diceritakan Dari Hati ღ
(ღ No Hate Please,Just Love ღ)