Diadaptasi daripada novel yang pernah memenangi
anugerah
Booker Prize
karya Yann Martel,
"Life Of
Pi"
Ia berlatarbelakangkan Pondicherry, India
mengisahkan Piscine Molitor Patel (Suraj Sharma) atau lebih dikenali sebagai
Pi. Anak lelaki kepada penjaga zoo ini banyak menghabiskan masa untuk menimba
ilmu pengetahuan bukan sahaja daripada teks keagamaan, malah setiap jenis
kesasteraan yang boleh memuaskan sifat ingin tahunya tentang dunia.
Walaubagaimanapun akibat perubahan politik di India menyebabkan keluarga Patel
membuat keputusan untuk berpindah ke Kanada.
Namun
satu kejadian tidak disangka berlaku dan satu ketika, Pi mendapati dirinya
berada di dalam bot penyelamat bersama zebra, orang utan dan juga harimau Royal
Bengal seberat 450 paun bernama Richard Parker.
Pengembaraan
selama 277 hari menyaksikan Pi menyeberangi Lautan Pasifik dan juga kekuatannya
berhadapan dengan kepercayaan dan juga perjuangan untuk hidup.
"Life Of Pi" diarahkan oleh Ang Lee dan dibarisi oleh Suraj Sharma, Irrfan Khan, Tabu, Adil Hussain, Gerard Depardieu dan Rafe Spall.
"Life Of Pi" diarahkan oleh Ang Lee dan dibarisi oleh Suraj Sharma, Irrfan Khan, Tabu, Adil Hussain, Gerard Depardieu dan Rafe Spall.
p.s : Bayangkanlah kalau kita yang kena..huhuhu Hrimau tuh kalau anak tak pa gak konon cumil.. kalau dah sebesar tu mmg tunggu jadi lauk je lah..
Nice Entry
ReplyDelete