Selalu sangat update pasal g sana sini kan dah
lama rasanya tak update tentang kesusahan sahabat dan rakan yg mungkin
memerlukan..
Ok..Baru2 ni
ada sahabat di FB dari Groop Istana Si Meowww Hatiku [klick] menceritakan tentang seorang lagi sahabat kami yg amat2 memerlukan
bantuan.. Dari Maklumat yg diperolehi Saudara Azly Henry [klick for FB profile]
memiliki lebih 40 ekor kucing Jalanan yg diselamatkan dan menggunakan wang
poket beliau sendiri dan sekarang beliau sedang dalam kesusahan.. Mungkin Ini
ujian untuk beliau tetapi kita bolehlah meringankan beban beliau dengan
menghulurkan bantuan iklas..
Dana yang dihulurkan bukanlah dikira tak kisah
dari segi kewangan atau bahan makanan untuk sicomel bawah jagaan beliau
sekarang.. Mungkin beliau tak mampu membalas apa ynag kita hulurkan dan apa
yang mampu beliau balas hanya dengan ucapan..
TERIMA KASIH
so bagi yg IKLAS
sudi-sudilah membantu dan apa yang boleh saya Pasti adalah GANJARAN YANG TAK
TERHINGGA DARI YANG MAHA BERKUASA.. Di sini saya sertakan Bank Account belia
dan Link FB dan bolehlah terus menghubungi beliau ya..
"AJI NOH MOTOR" Filem nya bergenre Komedi Islamik..
kelakar memang sangat kelakar,Tapi pengarahnya
memang bijak menyelitkan unsur2 islamic dan
kemanusiaan dan kekeluargaan.. Itulah yang terdapat dalam Filem arahan pertama Muhamad Razif
Abdul Rashid dan Skrip tulisan Sahariman Wahab "Aji Noh Motor". Dengan
penglibatan Para pelakon seperti Alex Yanz,Zalif Sidek, Wawa Zainal serta
ramai Lagi
Pada 18 September 2012 bertempat di TGV Sunway
Pyramid telah diadakan Preview untuk filem ini..
Ia mengisahkan mengenai
seorang abang, AJI [Alex Yanz] yang sanggup melakukan apa sahaja demi adiknya, NOH
[Zalif Sidek]. Aji seorang lelaki yang
suka merempit dan berlumba ,Noh pula
seorang yang taat dan patuh dalam mengejarkan tuntutan agama Islam meskipun dia
dilahirkan dalam keadaan tidak dapat melihat. Aji sangat sayangkan Noh dan
sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan permintaan Noh tercapai meskipun
dia tidak mampu.
Kebetulah pada hari Noh
menghadiri kelas agama,Gurunya bercerita tentang Menunaikan Haji. Maka
tersentuhlah hati Noh dan tidak dapat menahan perasaan ingin menunaikan
Haji,Nak dijadikan cerita hari itu juga adalah hari lahir beliau.. Maka
Bermulalah Cerita bagaimana Aji berusaha menunaikan permintaan Noh untuk Hadiah Hari Lahirnya. Mampukah Aji Menunaikan permintaan Noh...
Nantikan Tayangan Dipawagam Pada 20 September 2012 [4/5 Bintang]
Jom Tengok Triler Aji Noh Motor
Antara Babak Menarik dalam Filem nie
p./s: Suka cerita
ni dimana kasih sayang antara adik beradik yang terjalin amat
menyentuh.Walaupun mereka berlainan cara hidup,pegangan dan karektor yang amat
berbeza menIAkan perpatah air dicincang tak akan putus..
Entry ni akan menjadi panjang coz banyak cerita nak di kongsi…hehehehe
Cubaan yg entah keberapa..
Setelah beberapa kali aku mencuba nak
jawab soalan tapi gagal kerana ada jer yang lebih cepat dan pantas
dariku..huhuhu Dan setelah cubaan ku yang sangat2
memuncak aku sebenarnya berjaya tetapi..sila lihat sendiri keputusannya..AGAK
TAK BERPUASHATI tapi aku redha mungkin tak der rezeki aku dan …WHATEVER
hahaha..[sedih sebenarnya hehehe kalau nak cakap nama salah mmg bawah aku tu
pun salah gak]
Cuba Lagi dan Yang Terakhir..
Dan dengan berkat keazaman dan terlepas
sekali lagi 2 peluang special contes hari terakhir lak tu dan aku tak sangka
aku yang paling pantas [soalan senang sangat pun nak bangga]AHHH…janji aku
ado..ko ado..??? hahahaha diumumkan…saya
berjaya akhirnya..
Dok merepek2 apakah sebenarnya …
jeng..jeng..jeng..
Hehehehe nak menang tiket
“Malam Gala
Tayangan Perdana Untuk Tiga Hari”
Kenapa aku beria2 sangat untuk ini sebab
aku sangat minat Afdlin Shauki Sangat-Sangat
dan tak pernah miss pun kalau cerita tu ada dia dan tambahan cerita ni dial ah belakon
dan dialah pengarahnya… MANA BOLEH NAK LEPASKAN [hampir2 nak terlepas]Dengan berpeluang jumpa ramai artis2
lain yg turut memeriahkan [jap g tgk gambar yer]
Dan..DAN yang paling best ke-2 hari ni
dapat jumpa AHADIAT AKASHAH arghhhh… mcm nak melompat2 jer [sedar diri sikit kang runtuh tempat tu
apa pun tarak] orangnya yang sangat ramah..dan sentiasa senyum..sempat berborak
pasal novel baru dan novel lama beliau..
KATANYA: “Nanti pergi cari kalau tak ada direct jer PM saya” comel sangat. Akan
g cari sangat2 tak sabar sudah.
For me majlis ni yang sangat luar biasa dari yg biasa I pergi OK..Ketibaan pelakon utama diiring kompang dan bunga manggar sebijik mcm adat majlis2 kahwin sebenar..Paling best cendrahati untuk yg menjawab soalan Bunga Telur "gula-gula"& Frame Khas untuk Tiga Hari, siap ada tepung tawar Lagi Macam bersanding betul-betul..Makanan yang disediakan dengan cocktail Syle dan Buffet style Terbaek..
OK..Apakah”
Untuk 3 Hari” ia adalah adaptasi dari Novel Ahadiat Akashah yang berjudul sama mempunyai dua buku asalnya dan difilemkan maka dicetak semula dengan cover
filem pula..
Cerita
nya bagaimana?
Kalau
Tanya saya mmg saya cakap best and anda akan cakap..
YE KER..?
CONFIRM..?
TAH2
MCM CERITA2 LAIN..
Tengok dan comment jangan dengar dan Comment ok..
Dari
Novelnya..Sehingga dibawa ke Layar mmg saya cuma akan cakap TERBAEK…Tambahan
arahan Afdlin Shauki dan tulisan Ahadiat Akashah…
Opss...Mesti
cakap..Cerita Tentang Apa Tak Cakap Pun..HUaHuaHua^gelak jahat^ PERGI TENGOK..!!! rugi kalau cerita2 ni tak best lah”SORRY”
Tapi kan ni synopsis novel
dia.. [Hint cerita gak,Tapi Sama ker? kena la pegi menonton dan jangan lupa comment kalau saya tak betul ya]
Sinopsis
Untuk Tiga Hari dan Selepas Tiga Hari [ Ahadiat Akashah ]
Memang
sengaja mereka memilih hari,
tarikh
dan waktu yang sama lalu,di hari
persandingan
itu mereka dirantai kemelut yang menyeksakan..
Betulkah
apa yang mereka lakukan ini? menurut
kehendak
famili masing-masing hanya kerana tak mahu mengecewakan hati
dan
perasaan mereka. namun mereka hanya berjanj kahwin hanya
tiga
hari.Mereka berjanji untuk bercerai tiga hari selepas hari persandingan..
Namun..Tiga
malam bersama pasangan masing-masing... telah membawa
mereka
ke sebuah alam yang lain,Dan apabila tiba hari yang ke tiga itu,
Bagaimana
untuk mereka menyuarakan hasrat untuk bercerai??
“Watak hero lelaki dalam
novel ni benar-benar menunaikan janji kepada sang kekasih untuk bercerai. Selepas
3 hari usia pernikahannya, Zafrin benar-benar telah menceraikan isteri pilihan
keluarganya. Namun sebaliknya pula berlaku kepada pasangan kekasihnya yang
bernama Rozita. Sepanjang 3 hari pernikahannya dia telah menjalankan kewajiban
sebagai isteri kepada suami pilihan keluarganya. Akhirnya Rozita telah
mengingkari janji kepada kekasihnya,Zafril Selepas Zafril bercerai dengan isteri pilihan keluarganya iaitu Juwita, mereka berdua tinggal
berasingan. Juwita telah keluar dari rumah Zafril dan menyewa rumah sendiri.
Tetapi, melafazkan cerai memang mudah. Untuk merahsiakannya dari keluarga ke
dua belah pihak amat sukar. Mereka terpaksa berpura-pura sebagai pasangan suami
isteri semata-mata untuk mengaburi mata keluarga masing-masing. Namun sampai
bila pasangan suami isteri yang sudah bercerai ini akan terus berpura-pura
begini?”
Penerbit: Sharad Sharan
(Ombak Rindu)
Pengarah: Afdlin Shauki
Pelakon Utama: Adflin Shauki,
Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah
Pelakon
Pembantu: Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Nabil Ahmad, Zizan Raja Lawak,
Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan dan Atilia.
Peluang
untuk PraTonton dari MIG sangat2 ditunggu ‘walaupun kadang2 tak der rezeki’ even yg ni hampir2 terlepas
Thanks Again.
Bertarikh 03 September 2012
Sekitar Jam
9.00pm
Bertempat di TGV Sunway Pyramid
Dengan Kehadiran
Diana
Amir, Kamal Adli, Fyza Kadir, Mon Ryanti Sahudina Lee,
Azhari
Zain [Pengarahnya] David Teo [Penerbitnya] (^_^) Dan ramai lagi lah..
Dan
Kami Juga
Me,Mum,Diana
Amir Mum,Mr.David Teo,Siti Mum,Siti Umirah & Siti Lil Sis
Dimulakan
dengan Bacaan Doa
Semoga
Dipermudahkan
Serta
ucapan Pengarah Dan juga Penerbit
Azhari Zain &David Teo
Dan
Tayangan Dimulakan [Sedutan dari filem Salam Cinta Kredit MIG]
Sedikit
Tentang Salam Cinta..
Sebuah
filem bergenre romantik islamik ..Filem ini mengetengahkan ciri-ciri islamik
seperti mana pernah ditayangkan di dalam filem 7 Petala Cinta.Ia mengisahkan
tentang Amirul, pelakon yang menerima tawaran lumayan bagi watak “ustaz”. Oleh
kerana dibesarkan dalam suasana moden Dan Social dia ke sebuah kampung untuk bertemu
seorang imam untuk mengetahui Secara dekat kehidupan seorang Ustaz.Di kampung
itu Amirul bertemu Laila dan jatuh cinta dengannya selepas melihat kelembutan,
sikap rendah diri dan berbudi pekerti kepada keluarganya. Walaupun 'playboy',
Amirul mula berubah sikap untuk memenangi hati Laila. Kisah cinta dan
pengorbanan Amirul kepada Laila. Cinta unik yang berlandaskan syariat Islam
bersulam komedi yang membuatkan anda tidak kering gusi...
P/S: Jangan Ketingalan
Untuk Menyaksikannya [*4 1/2 Bintang dari saya ..KENAPA?? ada la 2-3 part
berlaku yg tidak sepatutnya] nothing Perfect rite..Tapi cerita ni wajib ditonton bagi pasangan2.Walau ceritanya Ringan..diselit Lawak Jenaka Tapi Massage nya Sangat Bermakna ...