Sunday, 27 May 2012

Bas bawa tabligh masuk gaung Balik Pulau

¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*


Nie ada cerita dari kampong aku sendiri..Ishk seriau bila ingat balik do ikut jalan tue pegi mana2. Bas sekolah bawa  tabligh terjunam masuk dalam gaung ..

Bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit, Balik Pulau, Pulau Pinang malam Tadi 25 mei 2012 di mana bas tersebut tercabut bumbung selepas terjunam di dalam gaung sedalam 10 meter dan penumpang bas yang terdiri daripada 44 orang jemaah tabligh warga Myanmar tercampak keluar.
Salah seorang daripada 44 jemaah tabligh warga Myanmar telah mati di tempat kejadian yang dikenali sebagai Abd Jatpa, berusia 47 tahun dan enam orang termasuk pemandu bas cedera parah dirawat di Hospital Balik Pulau.
Rombongan yang didakwa menuju ke Masjid Sungai Rusa untuk mengikuti program keagamaan yang dihadiri ahli-ahli jemaah tabligh selama tiga hari bermula hari ini.
Pemandu bas berusia 40-an berada dalam keadaan kritikal, bagaimanapun anak mangsa yang bersama mengikutinya selamat. Menurut seorang penumpang yang selamat, Muhammad Shuaib menceritakan keadaan sebenar sebelum bas terjunam ke dalam gaung mengatakan semua penumpang menjerit kuat apabila bas yang dinaiki bergoyang sebelum terbabas dan melanggar tiang.
Nahas itu menyebabkan laluan menuju pekan ini sesak teruk sehingga Relau. Operasi menyelamat membabitkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan termasuk polis, bomba, Ikatan Relawan Rakyat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta kakitangan HBP.

“Ada di antara penumpang yang tercampak ke jalan dan kawasan hutan,
“Saya nampak tayar berasap sebelum tiba-tiba bas itu bergoyang dan ia seperti hilang kawalan.
“Keadaan ketika itu kelamkabut, dengan ramai penumpang melaungkan takbir dan menjerit,”  - Muhammad Shuaib.

Menurut sumber, cukai jalan bas tersebut telah tamat tempoh 3 bulan yang lepas dan pemilik asalnya berasal dari Kulim, Kedah. Puspakom masih menyiasat bas yang tercabut bumbung seperti dalam gambar di sekitar tempat kejadian. Sambung Baca sini Utusan Online

Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

No comments:

Post a Comment

¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

Diceritakan Dari Hati ღ
(ღ No Hate Please,Just Love ღ)