Monday, 26 March 2012

sesi OMbak TauFan geng M.A.S.A [24mac2012 7.00pm~3.30am]


¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*

So kesinambungan hari ini Dari Events Ombak Rindu aku sambung jumpa sahabat2 coz sebenarnya aku akan berangkat menunaikan umrah pada 30 Mac 2012. So perjumpaan dari kesemua sahabat2 terbaik aku


Kami yang kenal sejak sekian lama dari tahun 2008 ,tapi hari dalam sejarah semua fon masing2 mampos hahahaha Boleh sowang pun fon tak ada battery sangat2 happening kot.Dari event tu terpaksa ke sunway coz sesat nak g masjid jamek nak col dah tak boleh dah so menjemput jay dulu yang tau jalan.. Then shoot balik ke kl ok...Bayangkan sahabat yang sorang dari JB tunggu kami di lrt masjid jamek itu jer yang sempat dikatakan fon dah out nak minta ke stesen lain dah tak boleh col [nasib baik jumpa ko dayah even siti dah salah panggil orang fuhh nasib tak kena lempang ko tie huhuhu..]
OK Pas ambil sahabat yg seorang tu kami ke kelana jaya kembali menunggu kak long[k.effa] hehehehe..ayat beliau "Agak2 boleh tak k.effa nak dolat dulu???" *sapa berani cakap tak boleh????* hahahaha
tunggu lagi kat situ,nak berubah tempat mmg tak boleh takut tak jumpa dah.Then pas mengisi perut kami sepakat nak Jalan2 kat uptown main ikut naluri jer mungkin jumpa kat sebelah sana or jap g mesti terserempak hahahaha…pas jalan2 semua nak g menghilangkan suara huhuhuhu..karaoke dulu yer sahabat2 jam dah pukul 12.00am so sampai la pukul -3.30am kami pulang dalam hati sangat2 sayu saat itu..(T_T).

Jom tengok gambar kami semua yg memang happening..hehehehe [tengok jangan kutuk yer] BERDOSA

Sesi isi perut sian Dayah lapo ko kan..huhuhu
Kesampaian dan keberangkatan
Menunggu giliran hehehe sampai tito lah

Didalam sudah..sangat kepenatan sebenarnya


"Siti terima kasih sangat2 arange perjumpaan nie yer" sayang korang semua...(=^_^=)v

Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

Pelancaran SETEM EDISI TERHAD FILEM OMBAK RINDU[24mac2012 2.30pm~6.30pm]

¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*

Selesai tayangan yang mengutip lebih 10juta sepanjang tayangan.. oleh itu filem ini dipilih oleh POS Malaysia untuk diabadikan dalam bentuk setem sebagai tanda peringatan kepada peminat. Dalam pada itu, POS Malaysia juga bercadang meneruskan usaha ini kepada cabang seni lain dalam merancakkan semula budaya mengumpul setem di kalangan masyarakat.[Ingat kecik2 pernah terjebang ngan hobi mengumpul setem]

Ceritanya ialah saya salah seorang jemputan dan yang memenangi sebenarnya sahabat baik saya Siti [terima kasih yer mengajak..Majlis diadakan di Hard Rock Café Kuala Lumpur

So jom layan gambar sekitar Majlis Pelancaran itu Tetamu Pada hari Itu Ialah antara pelakon2 utama filem..Sayangnya Lisa dan Aron Tak dapat hadir..

Surat jemputan yang diterima..

Antara artis-artis yang hadir

Mari bergambar bersama mereka..[saya sangat2 segan Mulanya]


Sangat sweet beliau bertudung sekarang
Sahabat yang membawa saya
Ok tudung saya dipuji by Azizah n Maya hehehe..tuan tak pown..(T_T) 
Sangat segan Tak terkata nak bergambar nasib lah atas dorongan sahabat yg seorang ini.Phewww..kalau tak nyesal.













Yang best di Hard Rock Café ialah makanan yang disediakan…jom cekidaut makanan yang kami makan..Lupa nak cakap kami duduk sangat hamper denngan makannan heheheh sangat best..satu meja 4 orang dah yg lagi dua orang tu pun sangat friendly best sangat2…
Jom selamat terliur yer..



Sangat best disana dan lepas even tu kami ada perjumpaan sahabat2 lama dari MASA sambung sini sesi OMbak TauFan geng M.A.S.A [24mac2012 7.00pm~3.30am].. Thanks membaca…hehehehe

Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)

Wednesday, 21 March 2012

Kenapa Piring Astro Menghadap Kaabah?

¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
¸.•*¨*•*¨*¸.•*¨*•*



Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit.

Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU?

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh.. Bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tisu badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya. Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.

Happy to see P.E.O.P.L.E smile (=^_^=)