Sesuatu Yang Hilang - Siri Akhir
-->
Sedutan siri 3 :
==========
"Saya
dah muak dengan sifat awak ni Zul.. bertukar perempuan macam pakai baju.."
"Sekali lagi pembetulan.. saya tak pernah mempermainkan perempuan.. jauh
sekali mengejar mereka.. Cuma seorang saja yang saya kejar tak
dapat-dapat.." Zul tenang memandu. "I never get the chance to tell
you something," "Chance? Awak nak cakap apa?".
==========
"Saya dah lama admire kat awak,"
Mak!!!! Aku toleh muka ke arah lain. Tak sanggup nak bertentang mata dengannya
buat masa ini.
"Awak nampak tak gunung tu? Karang saya
sumpah awak jadi kabel elektrik macam kat gunung tu baru awak tau.."
"Piah.. pandanglah saya Piah.." pintanya.
"Tak kuasalah!"
"Piah... ini permintaan terakhir.. tolong
pandang saya.."
"Cakap macam esok dah tak boleh
jumpa.."
"Entahlah Piah.. dah bertahun-tahun saya
simpan perasaan ni baru sekarang dapat peluang. Kalau saya layan kawan-kawan
awak yang nak berkenalan dengan saya tu semata-mata kerana awak Piah.."
"Piah.. awak ambil ni," Zul
menghulurkan sesuatu.
"Apa nie? Handset?" soalku sambil
menyambut.
"Piah.. kalau awak rasa hati awak terbuka
untuk saya, awak call saya.. please.. saya dah setkan contact no. saya kat
dalam phone tu.. " ujarnya. Aku tersenyum.
"Apasal awak ni? Awak memang dah plan ke
semua ni?" soalku.
"Entahlah Piah.. saya macam dapat rasa apa
yang saya plan hari ni menjadi.. memang saya wish sangat jumpa awak hari ni..
bawa awak makan.. kasi handphone ni kat awak.." Dia merenungku lama.
"Zul.. awak nie kalau driving tu pandang la
depan jangan pandang muka saya ni.." aku memberi amaran. Tiba-tiba dari
hadapan kelihatan sebuah traler sedang memotong.
"Zul!!" Satria GTi yang sedang laju
tidak dapat dikawal. Stering bergegar dan melanggar divider sebelum berpusing
dan terseret ke hadapan. "Piah terjun Piah!" Jerit Zul. Aku panik.
Tiba-tiba aku terasa terhenyak bila bumbung kereta tiba-tiba kemik. Aku rasa
pandanganku kian kabur. Yang sempat aku capai cumalah jemari Zul yang kian
kemas memegang tanganku....
Nama Piah bukan Sepiah seperti dalam surat
beranak tu. Itu nama anak mak yang meninggal dunia selepas seminggu dilahirkan.
Nama Piah yang sebenar ialah Serina bt Abdullah. Nama mak Piah Suhana Ishak.
Bukan Mazidah Wahab nama mak. Mak tak tahu kenapa dia tinggalkan Piah di
belakang kereta ayah sewaktu ayah menjemput mak di hospital. Nasib baik ayah
sempat brek bila mengundur kereta. Kalau tak pasti mak juga akan kehilangan
Piah. Mulanya memang mak nak laporkan pada polis tapi mak sayangkan Piah. Lalu
mak palsukan Piah. Mak bakar surat beranak Piah yang sebenar. Mak memang tak
mahu Piah tahu rahsia ni. Tapi mak dan ayah Cuma sempat besarkan Piah selama lima
tahun sahaja. Selepas itu mak dan ayah terlibat dalam kemalangan dan membawa
bersama rahsia itu. Cuma pada nenek dan pak ngah mak sempat ceritakan hal
sebenar sebab mak bimbang masa depan Piah. Mak tahu Piah anak yang baik.
Walaupun Piah bukan darah daging mak tapi mak gembira adanya mak dan bapa
mertua yang ambil berat diri anak mak sorang ni. Mak lega kerana adik ipar mak
sanggup membantu menjaga kebajikan Piah. Tapi.. Piah jangan lemah semangat
dengan dugaan ini. Mak tak mahu Piah menyusuli mak dan ayah di sini. Piah masih
muda, kalau boleh Piah carilah ibu kandung Piah. Memang sukar setelah 23 tahun
terpisah tapi mak amat yakin Piah akan bertemu dengan dia suatu hari nanti.
Tapi Piah kena kuat.. Piah jangan cepat mengalah..
"Mak.. kenapa baru sekarang mak beritahu
semua ni?" soalku dengan linangan air mata. "Piah.." wajah emak
tadi kian lesap dan hilang entah kemana bila suara itu menjamah telingaku.
"Piah..." aku buka mata perlahan-lahan. Seorang doktor sedang
tersenyum kepadaku. Kemudian beralih pula pada nenek, atuk, pak su, mak su yang
duduk di sisi katil.
"Syukurlah Piah dah sedar..." nenek
mengesat airmata yang menitis. Pipiku dicium bertalu-talu. "Kenapa dengan
Piah nek?"
"Piah accident, dah seminggu Piah koma
tau.." jelas pak usu tenang. Aku meraba kepala yang berbungkus. Baru
terasa berdenyutnya. Sakit. Kemudian aku terasa ngilu di bahagian dada. Ada
jahitan panjang yang masih belum sembuh dan berselirat benangnya. Terasa pedih
bila aku menarik nafas. Doktor itu terusan memeriksaku. Tiba-tiba aku terpandang
sesuatu di sisiku. "Handphone?" soalku sambil menyentuh handset nokia
3250 yang masih elok itu. Cuma di bahagian hujungnya kelihatan tercalar
sedikit. "Telefon tu dalam genggaman Piah masa kejadian tu.."
"Nampaknya dia dah okey.. jantungnya juga
berdenyut normal.. err.. saya rasa janganlah ganggu dia sebab dia masih belum
betul-betul sembuh.." pesan doktor itu sebelum keluar dari bilik.
"Nek... janganlah menangis.. kan Piah
selamat ni.." pujukku bila nenek tak henti-henti mengesat air matanya.
"Nenek takut Piah pergi dulu dari
nenek.." ujar nenek menahan sebak.
"Dah la tu mak.. Piah.. Pak usu balik
dulu.. nenek ni dah berapa hari tak tidur risaukan Piah.. nanti esok kami
datang lagi okey?" Pak usu mengucup dahiku sebelum memapah nenek keluar.
Aku merenung siling. Aku koma? Masih terasa darah menyimbah dari kepalaku.
Seraya itu juga Zul memelukku erat daripada ditusuk bumbung kereta yang remuk.
Selebihnya.. Trit!! Tritt! Handset itu tiba-tiba berbunyi.
"Hello.. Piah?" "Zul.. awak di
mana ni?" soalku lemah. Lagipun tak boleh cakap kuat-kuat.. rasa macam
kena curah cuka luka-luka jahitan di dada.
"Awak okey Piah? Sorryla.. saya bersalah
pada awak.."
"Awak macammana?" soalku.
"Saya selamat.. Piah.. maafkan saya
ye?"
"Tidak selagi awak tak datang ke sini
tunjukkan muka.."
"Piah.." suara Zul terputus di situ.
Aku mengeluh lemah. Aku cuba sabaarkan hati menanti telefon itu berdering lagi.
Public phone mana yang dia guna tu? Tak sampai seminit dah menelan duit.
Macammana keadaan dia? Aku Cuma mengeluh dan kembali cuba melelapkan mata...
Denyut pedih luka terasa bila hari semakin lewat malam. Sengsaranya terlantar
begini.
Doktor berkata aku antara insan bertuah kerana
terselamat dalam nahas yang paling ngeri. Doktor sendiri tak dapat membayangkan
bagaimana aku masih boleh diselamatkan sedangkan Satria itu tersadai di bawah
traler. hampir 8 jam pihak bomba berusaha mengeluarkan aku dan Zul sehingga
kemalangan itu menjadi berita utama di dada akhbar. Sengsaranya menanti
hari-hari untuk sembuh. Diam tak diam sudah hampir dua bulan aku di sini. Tapi
Zul tidak juga muncul-muncul. Cuma seminggu sekali dia akan menelefon. Itu pun
tak lama. Yang pasti setiap hari Jumaat selepas jam 12 malam dia akan
menelefonku. Bila kutanya kenapa Cuma hari Jumaat, katanya dia akan bersolat
hajat, tahajjud dan sunat untuk mendoakan kesejahteraanku. Nasib Zul lagi baik,
dia Cuma seminggu sahaja di hospital. Selepas itu dia sudah berada di rumah.
"Betul awak tak luka parah?"
"Ehh.. tengok oranglah.. saya kan hero..
tapi Piah.. saya tak tahu macammana keadaan awak. Saya tahu-tahu saja awak dah
ditransfer ke Pantai, kalau tak saya boleh lawat awak hari-hari kat
sini.."
"Tak apa.. awak telefon saya pun dah
cukup.. mujur juga awak sempat kasi handset kat saya hari tu kan?"
"Simpanlah buat kenangan.. "
"Piah.. jantung awak okey?"
"Alhamdulillah.. agaknya nasib anak yatim ni memang Allah permudahkan
Zul.. nenek cerita ada besi tajam menikam saya, mujurlah ada penderma yang
bermurah hati memberikan jantung dia untuk saya. Kalau tidak awak tak akan
dapat dengar suara saya ni lagi.."
"Jagalah diri baik-baik Piah.. bila awak
nak keluar dari hospital?"
"InsyaAllah dua tiga hari lagi dah boleh
balik. Nanti awak datang jumpa saya okey?" "Piah saya tak boleh cakap
lama ni.. bye!" Talian terputus di situ. Aku tersenyum sendiri.
Selama berada di hospital ramai juga kawan-kawan
sekampus datang melawat. Cuma pak ngah sekeluarga saja yang tidak menunjukkan
muka. Marah benar pak ngah pada aku agaknya. Tapi.. aku teringatkan suara emak
yang muncul sewaktu aku sedang koma dahulu. Jika benarlah aku bukan Sepiah
Abdullah, kenapa nenek perlu merahsiakannya?
"Betul... Piah bukan cucu nenek. Piah anak
kecil yang ayah Piah jumpa di belakang kereta sewaktu di hospital. Nenek
memikul wasiat arwah memelihara Piah sampai dewasa.." akhirnya nenek
bersuara juga. Setelah aku mengugut tidak mahu kembali ke kampung jika apa yang
pak ngah kata itu bohong.
"Tapi Piah janji tak akan tinggalkan nenek
dan atuk?" soal nenek. Aku angguk. Siapa lagi yang aku ada di dunia ini
selain dari mereka.
"Sekurang-kurangnya Piah berterima kasih
pada nenek dan atuk, serta pak usu kerana sudi memelihara Piah.." Tubuh
tua itu kudakap erat.
MOTOR buruk atuk kupecut selaju mungkin. Aku tak
boleh bersabar lagi. Sudah dua hari aku di rumah tapi bayang dia pun tak
muncul. Malah bunyi motor dia yang brutal itupun tak kedengaran. Tepi simpang
itu juga lengang, tiada lagi dia dan kawan-kawannya melepak seperti selalu.
Sudah dilanggar garudakah kampung ini? Dia juga sudah tak pandai mendail nombor
telefon, agaknya tahu aku dah balik sihat walafiat macam ni! Takkan aku nak
telefon dia! Tak kuasalah... buat malu jer.. tapi.. Tapi dia melampau sangat..
takkan nak kasi tudung pun guna pos laju.. alamat pulak alamat rumah si Mail..
"Eh Mail!" Aku segera menghampiri bus
stop di tepi jalan raya. Pemuda yang sedang termenung menanti bas tiba itu
menoleh. Aikk... dah potong rambut? Apa jadi pada rambut panjang kesayangan dia
dulu?
"Piah.. apa khabar?" soal Mail.
"Baik.. err.. awak nak kemana ni? Apa dah
jadi pada rambut?" soalku sambil tersengih. Boleh tahan juga Mail ni dah
smart-smart macam ni.
"Saya dapat masuk askar la Piah.. "
jawab Mail.
"Ohh.. ehh awak yang hantar tudung guna pos
laju ye?" Mail senyum.
"Zul yang suruh, saya menunaikan hajat dia
aje.."
"Kenapa dengan si Zul tu? Suka sangat buat
benda pelik dua tiga menjak ni.. Saya cari Zul ni.. awak tau tak dia ke
mana?" Mail Cuma tunduk.
"Awak ni saya bertanya tau.. mana
dia?"
"Dia dah tak ada kat kampung ni.."
jawab Mail perlahan.
"Dia ke mana?" belum sempat aku
menghabiskan ayat bas datang tiba-tiba.
"Okey la Piah.. saya pergi dulu," Mail
terus meninggalkanku dengan seribu pertanyaan. Sampai hati Zul tak bagi tahu ke
mana dia pergi. Setidak-tidaknya janganlah tinggalkan aku dengan tanda tanya!
"Piah.." Aku menoleh.
"Ehh.. mak cik.." aku segera
bersalaman dengan wanita itu.
"Mujur jumpa Piah di sini... mak cik nak
jemput Piah ke rumah malam ni.. ada kenduri arwah sikit.. lagipun ada sesuatu
yang arwah tinggalkan sebelum dia pergi.." Aku renung wajah bersih Mak
Lijah.
"Piah tak faham ni mak cik, siapa yang
meninggal?" soalku hairan.
"Piah tak tahu ke Zul dah tak ada?"
Apa??? Aku rasa seolah tidak berpijak di bumi.
"Zul dah tak ada Piah.. dia meninggal sehari selepas masuk ke
hospital.." Aku rasa pandanganku kabur. Air mata tiba-tiba terjun laju
dari birai mata.
"Piah tak percaya mak cik, masa di hospital
setiap minggu dia akan telefon Piah.. sumpah mak cik, Piah tak bohong.."
Mak Lijah merentap lenganku dan melangkah laju ke arah kanan jalan. Kami
meredah denai yang dirintis orang menuju ke sungai, satu-satunya jalan pintas
menuju ke tanah perkuburan.
"Ini dia kubur arwah Piah.. " Aku
terpaku. Pusara yang masih merah itu kuhampiri. Tulisan pada batu nesan itu kuamati.
"Zulkifli bin Razali.. dilahirkan pada 7 Januari 1974 kembali ke
rahmatullah pada 7 Januari 2002.."
"Arwah ada berpesan pada mak cik, dia mahu
Piah belajar bersungguh-sungguh kerana dalam kampung ni Cuma Piah dan dia saja
yang berjaya ke universiti.. dia juga berpesan supaya Piah sentiasa ingat pada
dia, jangan mudah kecewa dan kena tabah.. dia nak Piah tabah macam dia.. dia
begitu kuat melawan kanser otak yang dia hidapi sejak 2 tahun yang lalu.. dia
pernah berkata dia tak mahu kalah pada dugaan.. selagi jantung dalam dada Piah
tu berdenyut, selagi itulah Piah harus jadi macam dia.. dia yang dermakan
jantungnya sekiranya apa-apa terjadi pada Piah sewaktu kemalangan itu. "
Mak Lijah mengesat airmata yang membasahi pipi. "Tinggalkan Piah di sini
mak cik.." pintaku perlahan. Kolam air mata terasa tumpah. Zul.. sampai
hati awak tinggalkan saya macam ni.. saya sangat perlukan awak sekarang.. saya
memang perlukan awak! Nesan itu kupeluk sayu. Patutlah awak beriya-iya benar
menunaikan hajat awak yang terakhir. Rupa-rupanya awak nak tinggalkan saya!
Saya tak tahu selama ini awak meminati saya... dan saya tak tahu motif awak
melayan kawan-kawan saya semata-mata kerana ingin merapati saya. Sungguh saya
tak tahu.. saya takut dikecewakan kerana awak seorang yang amat menarik.
Mungkin personaliti awak membuatkan awak diminati. Tapi hari ini.. awak
tinggalkan saya selama-lamanya! Suasana hening menghurung kawasan perkuburan
itu. Terima kasih kerana beri saya peluang untuk hidup. Patutlah saya rasa awak
sentiasa dekat di hati, sepanjang masa saya rasa awak di mana-mana.. rupanya
awak berada dalam diri saya.. awak adalah denyutan hati saya! Tudung yang awak
beri tu saya akan pakai.. bukan kerana awak tapi kerana awak mengingatkan saya
kewajipan sebagai seorang muslim.. Saya berjanji Zul.. saya akan jadi macam
awak. Saya silap kerana memandang rendah pada awak.. sebenarnya awak adalah
semulia manusia... sebaik-baik lelaki yang pernah saya jumpa. Yang pasti.. saya
telah memberi cinta saya untuk awak.. namun kita tak kesampaian membina
mahligai bahagia bersama.. kehilangan awak ini adalah sesuatu yang pergi..
sesuatu yang saya dambakan dari dulu... semoga awak aman di sana.. Al- Fatihah!
No comments:
Post a Comment
¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
Diceritakan Dari Hati ღ
(ღ No Hate Please,Just Love ღ)