Kali nie dipetik dari sorang saudari nie nyer
story..Dan dia share dari Article nie...[sharing Is Caring Kan] So sesapa nak
share silakan yer...
Sifat insan itu ingin mencintai dan dicintai (Ustazah
Siti Nor Bahiyah,2005)
Tuhan
memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga
untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping
lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
Jangan
sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan
sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan
kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta
datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah
dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah
disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan
untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan
simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi
ada hayatnya.
Mungkin
Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum
bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih
atas kurniaan itu.
Cinta
dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening,
sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh
menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki
keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya
kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti
menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut
tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal
yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat
bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala
kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu
kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah
lagi.
Cintailah
seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus
hati.
Rasa
percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu,
namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya
kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati
dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang
gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja
menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan
apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan
berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta
kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada
diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan
ertinya Takwa.
Lemparkan
seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor
ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya
kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak
mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung
atau sekadar canang yang gemerincing.
Cinta
adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.Siapapun
pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta
bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat
ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta
mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah
dasyatnya cinta !
Permulaan
cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan
tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya
mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu
tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa
tanda tanya dihatinya.
Cinta
bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta
adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai
kesuciannya.
Bercinta
memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang
yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.Andainya hadirnya cinta sekadar
untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Cinta
sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta
juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi
racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Cinta
sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan
diperlukan.Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa
pertimbangan
No comments:
Post a Comment
¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
Diceritakan Dari Hati ღ
(ღ No Hate Please,Just Love ღ)