Sesuatu Yang Hilang - Siri 3
-->
Sedutan siri 2 :
==========
Nenek
pun satu.. macam tak paham perasaan aku saat atuk menghulurkan kunci motornya
tadi. Padahal yang nak makan buah melaka tu si Mastura, bukan aku. Tapi
biasalah, bila barang dapur habis aje aku jugak jadi mangsa.. bila cucu-cucu
dia yang lain balik nak mencekik apa-apa.. aku jugak.. takkan nak suruh atuk
pergi pulak.. kalau sejam pegi sejam balik sah! Bukan tak tahu atuk.. berjiwa
penyayang. Semut pun tak sampai hati nak langgar. Tak taulah sama ada dia
sayangkan motornya atau semut tu.. tapi yang pasti memang tension kalau suruh
atuk ke kedai. Bukan jauh mana pun.. kalau jalan kaki tak sampai 15 minit.
==========
Udara panas membahang tanpa sebarang sumber
penyejuk seperti angin seumpamanya membuatkan mukaku merah terbakar. Motor atuk
yang kejap-kejap batuk semput mentensionkan aku. Yang pasti aku akan lebih
tension bila sudah kelihatan dua tiga ekor jerangkung dan pocong sedang bermain
gitar di hujung simpang sana. Isshhh.. kenapalah kalau dalam sehari tak bertemu
tak sah agaknya!
"Sepiah.. malam ini ku takkan pulang.. tak
usah kau mencari aku.. dengan motor atukmu.. kahkahkahkah.."
Shit! Aku menjeling geram. Sengaja aku memulas
minyak kuat-kuat supaya boleh memecut laju tapi aku ni memang mangsa dugaan.
Tiba-tiba saja motor atuk semput dan mati, betul-betul di hadapan budak-budak
itu.
"Apa ketawa-ketawa?" soalku bengang
campur malu.
Ishhh... bodoh punya motor! Aku cuba
menyetartnya lagi tapi Cuma batuk-batuk kecil saja kedengaran. Zul dan
kawan-kawannya sudah berguling-guling ketawa. Celaka punya budak! Tanpa lengah
aku menongkat motor di situ.
"Piah..! Piah ooii.. takkan nak jalan kaki
kot.. motor ni apa hal?" teriak Zul dengan tawa yang masih bersisa. Peduli
apa aku! Tapi tiba-tiba aku terasa semacam. Eh.. kenapa tiba-tiba kaki sebelah
kiri kosong jer.. aku paling ke belakang. Cis!! Selipar jepun putus pulak!!!
Zul tersenyum-senyum dan menghampiriku dengan motor brutalnya.
"Awak nak pegi mana? Biar saya
hantar," dia menawarkan khidmat.
"Hantar saya ke lubang kubur, boleh?"
soalku geram.
"Piah.. kalau nak mati pun janganlah cakap
kuat-kuat.. suara awak tak sedap.."
"Suka hati saya lah nak cakap kuat ke slow
ke.." Aku menjawab dan berjalan pantas. Zul masih mengekoriku dengan
motornya. Alamak.. sabar ajelah.. dah la panas terik. Selipar jepun plak
putus.. memang black Sunday betul!
"Piah.. cik Sepiah Abdullah! Janganlah
macam tu.. buruk awak marah..
" Dia ni memang nak kena!
"Piah.. Piah..! awak ingat kita ni suka ke
awak buat macam ni?"
"Huyyoo.. marahnya.. macam harimau.. jap
lagi keluarlah belang-belang kat badan.."
"Boleh tolong diam tak?" soalku sambil
berhenti di tepi jalan untuk melintas.
"Apasal dalam banyak-banyak nama, nama
Sepiah hinggap kat awak?"
"Sibuk kenapa?" aku menjeling tajam
dan berlari anak meninggalkannya di situ. Sakit jiwa raga. Sibuk jer.. kalau
tak menyakat orang tak sah. Aku masuk ke dalam kedai runcit. Pehh.. lega..
nasib baik ada kipas angin. Kak Melah tokei kedai sedang sibuk berdengkur. Kak
Melah ni.. kalau la aku ni jahat aku curi je barang-barang dia ni.
"Akak!" Kak Melah terjaga. Aku
tersengih.
"Tidur ye.. nanti Piah curi barang-barang
ni.." usikku lantas ke belakang.
"Curi je la Piah.. Tuhan nampak.."
balas kak Melah sambil menguap panjang. Boleh tahan buruknya muka kak Melah
bila tak tutup mulut. Mau dua tiga ekor lalat tersalah haluan.
"Akak tolong bungkuskan kacang hijau, kasi
sekilo," pintaku dan mencapai tepung pulut yang nenek pesan. Selesai
membayar aku kembali berjalan kaki. Nasib baik cuaca sudah redup tapi sakit
hati aku tak kian surut bila jejaka bertshirt tanpa lengan dan memakai jeans
sekerat lutut itu masih setia menanti di seberang jalan.
"Awak ni tak ada kerja lain ke? Kalau
sehari tak ganggu hidup saya boleh tak?" pintaku dan terus berjalan. Kaki
ayam pun kaki ayamlah!
"Piah.. mari la saya hantar awak balik, tak
terbakar ke kaki awak tak ada selipar sebelah tu?" soalnya.
"Biar terbakar kat kaki tak apa.. jangan
terbakar kat hati.."
"Piah.. kenapa ni? Awak marahkan saya lagi
ke pasal Intan tu?"
"Jangan nak babitkan saya dengan Intan
lagi.. saya tak ada kena mengena dengan awak mahupun Intan," Zul Cuma
tersenyum serupa seperti seekor cipanzi sedang tersenyum ayu. "Awak ni tak
faham bahasa melayu ke? Kalau atuk dan nenek saya nampak awak mengekor saya ni
apa kata dia org. Dah la bunyi motor tu macam gendang cina.."
"Ehh Piah.. jangan hina motor saya nie..
dah berpuluh-puluh awek menenggek atas motor saya ni.."
"Perempuan tak ada mata je suka kat awak,
sudahlah! Jangan ikut saya lagi!" Aku keresahan bila bumbung rumah sudah
kelihatan. Zul senyum lagi.
"Piah.. kirim salam kat sepupu kau tu
ye?"
"Cakap sendiri! Tak kuasa nak layan!"
"PIAH!! Piah tolonglah! Kali ni je.."
Mastura merayu-rayu. Aku dah agak dah!
"Mas.. aku kalau hal lain aku boleh
tolong.. tapi bab menipu nie sorry.."
"Piahhhh!!! Tolonglah!!! Aku janji kejap
jer," dia menarik2 tanganku. Eii.. lemasnya! Mastura dah merengek-rengek
macam budak kecil. "Aku janji dengan dia pukul 8.00 ni kat simpang..
tolonglah!!" pintanya sambil resah menjeling jam yang sudah menunjukkan
pukul 7.50 malam. "Mas.. kau nak keluar tengok wayang dengan mamat tu
keluarlah.. tapi tolonglah jangan melibatkan aku.." pintaku sambil melipat
telekung.
"Piah tolonglah.. kali ni je..
pleassee..." aku mengeluh lemah.
"Kejap je! Dan kali ini je.. lain kali kau
tanggung sendiri, okey?" Mastura melompat girang. "Thanks Piah..
sayang Piah!" Dia memelukku erat.
LAWAK Yassin dalam Lagi-lagi Senario langsung
tak menarik minat. Kalau tak kerana si Mastura tak kuasa aku nak keluar
malam-malam macam ni. Si Mastura bestlah, dah jumpa jejaka idaman semua lupa.
Sudahlah aku yang terpaksa mereka cerita menipu atuk dan nenek, aku pulak
rupanya kena tipu. Dia kata si malaun tu yang ajak keluar, tapi dalam
perjalanan tadi dia kata sebenarnya dia yang ajak Zul keluar. Hampeh betul!!
Itu yang membuatkan aku tak berselera nak ketawa tengok Senario. Dah tu
biasalah.. si Zul bila keluar ke bandar.. (aku pun tak tahu apa yang special
sangat dia ni) macam artis orang tengok dia. Tadi sampai ada sorang awek tu
terlanggar tiang kerana asyik sangat melihat si Zul. Pelik aku..
"Piah.. makanlah.. kenapa tak makan?"
tegur Zul melihat aku Cuma merenung saja nasi ayam goreng di hadapan mata.
"Iyelah.. makanlah Piah.."
"Aku risau ni... dah pukul 11.00 bila nak
balik ni?" soalku.
"Ala kau nie.. tu pun risau.. releks
la.." Mastura menjeling.
"Kalau kau tak nak balik tak pe.. aku balik
dulu!" Aku bingkas bangun. Lantaklah.. bengang juga aku dengan si Mastura.
Tadi janji akan balik sebelum pukul 10.30.. ini dah pukul berapa?
"Piah! Piah!" Mastura menghadang
perjalananku.
"Kasi chance la kat aku Piah.."
ujarnya sambil mengerling ke arah Zul yang sedang membayar harga makanan.
"Kita janji tadi macammana? Sorry la Mas,
lepas ni kau jangan haraplah aku nak tolong kau lagi.."
"Ala Piah.." Mas menarik muka masam.
"Okey.. jom kita balik.."
"Zul kata tadi nak bawak kita orang tengok
live band.."
"Ehh.. dah pukul berapa dah ni.. nanti atuk
dan nenek awak risau kat rumah..
"Aiikk... alim la pulak mamat ni.. Zul
sudahpun menuju ke Satria warna hijau tua. Ceh.. nak dating punya pasal sanggup
sewa kereta...
"Err.. aku nak pergi toilet kejap.."
Mastura berlari-lari anak meninggalkan kami berdua. Suasana agak sepi. Yang
kedengaran cumalah lagu Sephia nyanyian Sheila On 7 di Radio Era. "Piah..
cantik awak malam ni.." puji Zul tiba-tiba.
"Terima kasih.. baru perasan ke?"
soalku selamba membuatkan Zul tertawa.
"Tapi Piah.. lebih cantik kalau awak tutup
rambut awak tu. Pahala pun dapat..
" Cis!! Aku hanya melihat dia tersenyum.
"Awak dah ada boyfriend Piah?"
"Kenapa awak nak tahu?"
"Saja.. ambil berat.. "
"Belum lagi, terima kasih kerana
bertanya,"
"Belajar dulu Piah.. jangan bercinta lagi..
awak muda lagi.. baru 23 tahun.. banyak lagi benda yang awak belum rasa..
" Wah.. ajaibnya.. seorang kutu lepak
sedang memberi ceramah motivasi kat aku!
"Awak sibuk nasihat saya.. awak tu.. kenapa
awak biar aje degree awak tu berhabuk kat rumah.." aku menyindir balik.
"Awak jangan ingat saya melepak saya tak
ada duit... nanti awak terkejut kalau saya meminang awak nanti.." Zul
tertawa kecil. Eleh, macamlah aku nak terima. Makan pakai pun mak bapak
tanggung ada hati nak pinang orang..
"Okey.. jom!" Mas tiba-tiba muncul dan
masuk ke dalam perut kereta.Seketika Satria itu memecut laju menghala ke
kampung...
"BUDAK tak ada maruah!" Pangg!!! Aku
terasa mataku berpinar. Mujur ada nenek sempat menyambut tubuhku yang melayang.
Mastura sudah pucat lesi ketakutan di sudut ruang tamu. "Hasan! Kalau iye
pun kenapa kau pukul cucu aku ni?" soal nenek geram.
Aku terasa airmataku sudah luruh membasahi pipi.
Seumur hidup tak pernah lagi kena jentik walaupun sekali.
"Mak asyik nak menangkan si Piah ni..
sekarang ni takkan mak dan ayah tak sedar lagi.. " Pak Ngah mengepal
penumbuknya.
"Piah.. kenapa Piah buat macam ni? Kenapa
Piah tipu nenek?" Aku pandang Mastura yang diam tak berkata-kata. "
Ini semua salah cucu kesayangan mak ni.. walaupun
Mas ni tinggal di KL tapi dia tak pernah keluar malam. Jauh sekali menipu
saya..
" Apa? Aku memandang wajah nenek.
"Nek.. sebenarnya Piah tak salah nek.." ujarku membela diri.
"Mas! Cakap kat abah.. siapa yang ajar Mas
keluar balik lewat malam ni? Tau tak kelam kabut abah balik dari Ampang tadi..
?" Mastura memandangku lama. "Cakap!"
"Piah bah.." jawabnya perlahan. Apa?
"Piah yang pujuk Mas pergi tengok wayang di bandar.. dengan kawan
dia.." Aku rasa macam nak koyak-koyak aje mulut si Mastura. Sampai hati
kau khianati aku.. "Mak dengar tak tu? Dia beritahu mak nak pergi kenduri
rumah kawan dia.. rupa-rupanya menjual maruah kat bandar tu, "
"Pak Ngah! Sampai hati pak ngah kata Piah
macam tu.."
"Dasar anak pungut!" "Hasan..
baik kau keluar dari rumah aku ni.." atuk yang dari tadi membisu mula
bersuara.
"Aku tahu cucu yang aku jaga dari kecil
lagi. Aku yang mengasuhnya. Aku tahu dia tak bersalah.." atuk merenung Pak
Ngah tajam.
"Ayah dan mak sama saja.. Mas! Kemas kain
baju kau, kita balik malam ni juga!" Pak Ngah meluru turun dari rumah. Mak
Ngah serta anak-anaknya yang lain ikut turun. Mas menyelinap masuk ke bilik dan
keluar tergesa-gesa bila hon kereta ayahnya berbunyi berkali-kali. Nenek
mengusap kepalaku perlahan.
"Sudah tu.. pergi masuk tidur.."
ANGIN tengah hari bertiup agak kuat sehingga
putik-putik mangga telur yang lebat di ranting berguguran ke halaman. Aku
menongkat dagu melihat segenap penjuru rumah tua itu. Bunga-bunga kertas
berwarna warni memeriahkan rumah yang kian usang itu. Tiba-tiba saja hatiku
sayu. Bagaimana kalau atuk dan nenek sudah tiada di dunia ini nanti? Pada siapa
aku hendak mengadu? Tragedi malam tadi masih terbayang-bayang di ruang mata.
Sampai hati Mastura memperalatkan aku. Sanggup dia berbohong semata-mata untuk
melepaskan diri sendiri. Sepatutnya yang kena penampar semalam dia, bukan aku!
Kalau dia yang tak merayu-rayu macam orang gila talak semalam mati hidup balik
aku tak akan keluar. Semuanya kerana Zul.. ya.. kerana dia! Kalau kereta dia
tak rosak sampai pukul 4.00 pagi semalam kami balik ke rumah tentu semua ini
tak terjadi. Semua ini salah Zul! Sampai hati Pak Ngah tuduh aku macam tu.. dia
tak tahu ke hukumnya menganiaya anak yatim? Harap kopiah jer siang malam atas
kepala. Tergamak dia kata aku anak pungut? Tapi.. betul ke aku nie bukan darah
daging mereka? Kalau diperhatikan ada logiknya. Kenapa semua sepupu-sepupu aku
tak sama macam aku. Kadang-kadang aku terfikir juga, betul ke aku ni anak mak
dan ayah? Kalau ikutkan dulu seingat aku mak dan ayah berkulit hitam manis.
Macammana pulak aku boleh jadi putih kemerahan? Gen sebelah siapa?
Phin! Phin! Aku tersedar dari lamunan. Eh..
siapa pulak yang datang. Dari jauh aku melihat seorang pemuda mengikat key di
kepala sedang menunggang sebuah motor buruk. Ehh.. biar betul..
"Hi Piah.." Zul senyum sebaik saja
berhenti di hadapanku. Hmm.. aku ingat dia dah arwahkan motor buruk atuk aku
ni.. tapi.. bunyi dia dah tak macam kambing batuk lagi.. dah macho sikit
bunyinya. Hari tu masa atuk tanya ke mana motornya aku katakan saja motor itu
aku sedekahkan pada penunggu simpang.
"Saya dah betulkan motor atuk awak ni..
lepas ni awak nak bawak 160 pun tak per.. " Zul senyum lagi, mungkin
bengang dengan sikap acuh tak acuh aku.
"Piah.. kenapa ni?" soalnya dan duduk
di sisiku.
"Pergilah awak!" tengkingku kuat. Tak
semena-mena air mata tiba-tiba saja turun laju.
"Eh Piah.. kenapa ni? Piah.. " Zul
terkejut. "Piah.. janganlah menangis.. kenapa ni?" pujuknya lembut.
"Kalau awak tak menyusahkan saya tak boleh
ke? Awak dah banyak susahkan saya tau.. sebab awaklah saya ni selalu jadi
mangsa.." Aku mengesat air mata yang semakin galak turun. Biarlah dia nak
cakap apa pun cakaplah.
"Piah, saya dah tahu apa yang terjadi malam
tadi. Atuk awak ada datang ke rumah saya malam tadi. Tak sangka pulak dah heboh
satu kampung pasal hal malam tadi. Kalau saya puncanya saya minta maaf. Saya
dah explain kat atuk awak masa kat surau Subuh tadi,"
Apa? Aku memandang Zul lama.
"Saya tak tahu apa maksud sebenar Mastura.
Pada saya dia kata awak yang nak tengok wayang dengan saya. Bila dah jadi macam
nie. .. saya rasa bersalah pulak.." Aku mengesat pipi bila tangisan mula
reda.
"Dah la.. saya nak naik atas.. " Aku
melangkah bangun tapi tiba-tiba lenganku dipaut.
"Piah.. saya nak cakap sikit dengan
awak.." pintanya.
"Apa dia? Kalau iye pun tak payahlah pegang
tangan saya.."
"Saya nak berkawan dengan awak.."
"Apa? Emm... lain kalilah.. " aku
terus mendaki anak tangga meninggalkannya sendirian di situ. Di kamar aku mula
mengemas pakaian yang bergantungan di dalam almari. Minggu depan semester
keempat akan dibuka. Tapi aku bercadang nak balik esok. Ada bebarapa perkara
aku kena selesaikan sebelum hari registration.
"Piah.. " nenek yang baru lepas solat
menjengah ke bilikku.
"Nek, Piah nak balik ke kolej esok, ada hal
sikit.." ujarku.
"Kan cuti ada lagi?" soal nenek
terkejut. Aku tidak menyahut dan terus memasukkan pakaian ke dalam beg.
"Piah.. janganlah ambil hati pasal hal
semalam. Nenek tahu Piah tak salah.." nenek mengusap bahuku.
"Piah tak ambil hati nek.. lagipun Piah
tahu kedudukan Piah ni.. Cuma Piah nak nenek berterus terang, betul ke Piah ni
anak angkat?"
"Piah percaya cakap pak ngah tu?" soal
nenek. Aku Cuma tersenyum.
"Entah, Cuma nenek dan atuk saja yang
tahu," jawapanku itu membuatkan nenek keresahan.
"PIAH!!" Aku menoleh ke belakang.
Alamak.. macammana pulak aku boleh terserempak dengan mamat nie kat KL ni? Aku
cepat-cepat berpaling dan berjalan laju.
"Piah! Tunggu dulu.." Zul
termengah-mengah mengejarku.
"Eh.. apa awak buat kat sini?" soalku.
"Ada urusan sikit.. awalnya awak
balik?" soalnya melihat aku menggalas beg pakaian. "Jom ikut saya,
nanti saya hantar awak ke UPM," dia menawarkan khidmat.
"Tak payah terima kasih banyak.. saya boleh
naik bas,"
"Piah.. awak tak nak jumpa Intan ke?"
apa? Aku memandang Zul lama. Zul senyum dan mengambil beg pakaian di tanganku.
"Jom, ikut saya," Aku mengangkat bahu
dan mengekorinya ke kereta. Amboi.. Satria lagi! "Banyak duit awak sewa
kereta?" Zul Cuma tersenyum dan memecut menuju ke arah Ampang. Tiba di
sebuah kedai kereta dia berhenti di situ. Setelah bercakap-cakap dengan seorang
lelaki dia kembali ke kereta.
"Jom, kita tukar kereta,"
"Eh.. awak ni biar betul.. jangan-jangan
awak nie join sindiket kereta curi tak?" soalku was was. Zul Cuma tertawa.
"Ehh.. tolong sikit.. curi-curi tak main
la.. jom!" Kami menuju ke sebuah Proton GTi yang masih bau kedai.
"Zul.. awak jangan main-main.. awak ada
duit ke tidak nak sewa kereta ni?" soalku.
"Apa la awak ni Piah.. ingat saya ni cikai
sangat ke? Awak selalu kata saya tak de keje kan? Ni la hasil saya melepak kat
kampung selama ni.." Zul senyum lagi.
"Baik awak cakap betul-betul.."
"Saya join business jual kereta nie.. tapi
saya nie jadi sleeping patner aje la.. bagi modal.." Zul senyum lagi lalu
membukakan pintu kereta. Aku masuk walaupun masih blur.
"Lain kali jangan judge orang melalui
pakaiannya aje.. awak tau tak kenapa saya tak kerja? Pasal saya sayangkan
rambut saya ni.. kalau kerja kena kerat.. ishh.. tak nak saya.." ujarnya.
"Habis tu.. penat ajelah awak belajar dulu.."
"Piah.. tak semestinya kita menggenggam
sesuatu tu kita tak boleh buat job lain.. okey?" zul senyum dan membelok
ke kiri. Tiba di sebuah restoran dia memberhentikan kereta.
"Jom, kita jumpa Intan," tanpa banyak
soal aku menurut. Kami memesan makanan sementara Zul mengeluarkan beberapa biji
pil dari poket seluarnya.
"Apa tu?" soalku. "Estacy.."
Zul senyum dan menelan pil berwarna merah jambu itu.
"Awak jangan.." "Awak nie selalu
buruk sangka kat saya la.." Aku mengangkat kening. Perangai tak pernah
serius.. bagaimana aku nak percaya? Pandangan kulontar keluar.
Hari ini hari Khamis, dah cuaca tidak begitu
terik. Aku mengelamun. Sebenarnya aku ingin terus ke Ampang. Aku ingin bersemuka
dengan Mastura, pak ngah dan juga mak ngah. Aku tahu sejak gagal membolot harta
arwah ayah pak ngah memang tidak menyenangiku. Apatah lagi pak usu yang jutawan
itu menjaga kebajikan aku sepenuhnya. Tapi sejak terpaculnya perkataan anak
pungut tempohari aku nekad. Andai kebenaran itu Cuma pak ngah saja yang boleh
menghuraikannya, aku rela biarpun dimaki hamun terlebih dahulu.
"Piah... jomlah kita blah.. Intan tak jadi
datang.." Aku renung Zul lama.
"Sebenarnya bukan nak jumpa Intan kan? Awak
tipu saya ye?" Zul senyum.
"Sebenarnya dah lama saya nak jumpa dan
makan berdua macam ni dengan awak, tapi awak tak pernah kasi chance.." Zul
mengaku akhirnya.
"Saya tak suka awak tipu saya tau.. sama
macam awak tipu perempuan-perempuan yang pernah awak dampingi.." Aku
bangun dan meninggalkan meja makan itu. Zul Cuma mengekori dari belakang.
"Sorry okey? Sekarang awak nak ke
mana?"
"Saya nak ke Ampang, rumah Mastura,"
"Emm.. saya hantarkan okey?" Zul
memecut laju menuju ke ampang. Terbayang-bayang wajah Mastura yang bersih itu.
Sampai hati kau kenakan aku!
"Piah??" Mas terkejut beruk bila aku
menjelma di hadapan pintu.
"Zul??" Sekali lagi Mas dalam kejutan
bila melihat jejaka di sebelahku. Aku senyum sambil membuka kasut.
"Maghrib-maghrib tengok tv Mas.. tak
sembahyang ke?" perliku.
"Siapa tu Mas?" suara garau
kedengaran. Seketika kemudian pak ngah muncul dari dalam. "Berani kau
datang sini bawak jantan ye?" sergah pak ngah.
"Apa pak ngah cakap ni? Piah tak
faham.."
"Ohh... jantan inilah yang kau jumpa malam
tu ye? Kerana jantan ini la kau ajar anak aku keluar malam?" Zul
memandangku lama, turut tertanya-tanya apa yang pak ngah maksudkan.
"Pak Ngah.. Piah datang nie nak jelaskan
hal yang sebenar.."
"Sudah! Jangan kau nak memburukkan anak aku
pulak, "
"Baiklah.. kalau macam tu anggapan pak ngah
Piah terima walaupun Piah tak bersalah.. tapi Piah nak pak ngah jelaskan pada
Piah.. kenapa pak ngah kata Piah anak pungut?" soalku menahan gelora di
hati.
"Errr.. Piah.. saya keluar dulu ye.."
Zul tiba-tiba bersuara.
"Eh kalau kau nak pergi, kau bawak budak ni
sekali, aku tak akan izinkan dia menginap di rumah aku ni," herdik pak
ngah kuat. "Kau nak tahu sangat keturunan kau? Kau tu Cuma anak angkat,
sebab tu harta peninggalan arwah abang aku tak layak kau dapat, faham? Sudah
pergi dari sini!"
Ya Tuhan.. aku tidak sedar bila aku keluar dari
rumah itu. Yang aku tahu aku sudah menangis di bahu Zul di dalam kereta. Kenapa
setelah 23 tahun baru rahsia ini kuketahui.
"Piah.. sabarlah.. Piah percaya apa yang
pak ngah cakap tu?" soalnya lembut. Aku mengangkat bahu. Kusut fikiran aku
dengan apa yang terjadi.
"Tapi kenapa dalam surat beranak tertulis
nama mak, nama ayah.. tapi kalau benar Piah ni anak kandung mak, masakan pak
ngah cakap macam tu.." Aku mengerut kening. Ehh.. sedapnye aku lepak
lelama atas bahu dia! Aku segera mengalih kepala.
"Sorry.." pintaku sambil mengesat pipi
yang hampir kering.
"Awak nak balik juga ke malam ni?"
soalku. Zul angguk. "Awak nak kemana ni? Biar saya hantarkan," Aku
berfikir sejenak. Kemana lagi aku nak pergi?
"Awak turunkanlah saya kat mana-mana lrt..
pandailah saya nak hidup," ujarku.
"Piah.. apa kata kita balik ke kampung
saja.. saya risau tengok awak ni.. balik pada nenek dan atuk awak, tanya mereka
betul-betul.." aku merenung Zul. Untuk pertama kalinya aku melihat satu
reaksi matang dalam matanya.
"Saya tahu dan faham perasaan awak Piah,
tapi kita kena bertindak rasional.. jangan mudah patah semangat.. kita balik
okey?" pujuknya membuatkan aku mengangguk lembut.
"Zul, saya nak tanya awak sikit.. "
"Tanyalah.. banyak pun boleh.."
"Kenapa awak putuskan hubungan dengan
Intan?" Zul senyum.
"Piah.. sebenarnya saya Cuma menganggap
Intan sebagai kawan saja.. saya tak pernah memutuskan persahabatan Cuma Intan
yang menyepikan diri setelah.." Zul menelan air liur sambil menjeling
kepadaku.
"Setelah apa?" soalku.
"Setelah dia tahu siapa yang berada di hati
saya sebenarnya.." Aku senyum sinis. Kalau dah dasar romeo..
"Awak tak nak tanya siapa orangnya
Piah?" Aku menggeleng.
"Saya dah muak dengan sifat awak ni Zul..
bertukar perempuan macam pakai baju.."
"Sekali lagi pembetulan.. saya tak pernah
mempermainkan perempuan.. jauh sekali mengejar mereka.. Cuma seorang saja yang
saya kejar tak dapat-dapat.." Zul tenang memandu. "I never get the
chance to tell you something,"
"Chance? Awak nak cakap apa?"
-->
bersambung!